Ahad, Januari 24, 2016

Heh! Kan dah kena setepek. Kalau sebelum ini, Si Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim tu dok sibuk memberikan amaran kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru.

Si Nurul Izzah tu beri amaran agar Pengerusi SPR tu jangan tunduk kepada desakan dari parti Politik. Terutama dari parti Kerajaan yang memerintah seperti yang dilakukan Pengerusi sebelum ini.


Tapi soalnya, siapa yang kuat memberi desakan terhadap SPR selama hari ini? Siapa yang dok suka tabur fitnah yang bukan - bukan terhadap Suruhanjaya yang mengendalikan Pilihan Raya tu?

Mungkin Si Nurul Izzah tu lupa, kisah mengenai 40 ribu orang Bangla yang diimport dari luar tu cerita yang direka oleh Bapak dia sendiri. Bukan orang lain yang dok buat cerita tu.

Dan perkara yang sama juga diulang oleh Bekas Pengerusi SPR tu dalam kenyataan hari ini. Antara cabaran sukar yang pernah dihadapinya ialah mengatasi persepsi Negatif dari pihak pembangkang.
Menurutnya, fitnah yang paling beliau ingati adalah apabila SPR dituduh sengaja memutuskan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi dan membawa 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi.

"Saya sangat kecewa apabila rakyat mempercayai tuduhan itu," katanya yang sentiasa berhemah ketika bertutur dan memiliki sifat kebapaan apabila didekati, dalam temubual bersama Bernama sempena persaraannya.

Beliau menegaskan bahawa SPR adalah institusi bebas dan tidak menerima arahan daripada mana-mana pihak.

"Malangnya, persepsi negatif sudah dibentuk dan sudah melekat di fikiran mereka bahawa SPR tidak boleh dipercayai sekaligus menjadikan saya sebagai sasaran," katanya.


Katanya, mengurus persepsi masyarakat terhadap SPR adalah antara cabaran terbesar yang dihadapinya sepanjang menerajui badan itu, selain mengendalikan 26 pilihan raya kecil di seluruh negara. - lapor Bernama
Nah! Itu membuktikan bahawa puak - puak Pakatan Haprak tu yang selama ini memberi tekanan Politik terhadap SPR. Bukannya parti Kerajaan yang memerintah. Itu pun Si Nurul Izzah tu masih nak nafikan jugak?

Nasib baik la Si Nurul Izzah tu tak digugurkan dari menjadi Ahli Parlimen kerana didapati bersalah menabur fitnah sewaktu kempen Pilihan Raya Umum yang lalu. Kalau tidak, mau merempat dalam Longkang dia dibuatnya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping