Ahad, Januari 24, 2016

Hahaha!!! Memang lawak betul tengok gelagat Si Ahli Parlimen Pokok Sena ni. Ada hati dia nak bagi amaran peringatan kepada orang lain sedangkan dia sendiri pun masih tak sedar diri lagi.

Dalam kenyataan 6 perenggan yang dikeluarkan hari ini, Si Mahfuz Bean tu cuba ingatkan kepada mana - mana pihak agar tidak mengheret institusi Raja dalam kancah Politik yang sedang berlaku.

Kenyataan Si Mahfuz Bean tu merujuk kepada konflik kepimpinan yang kini sedang hangat melanda Negeri Kedah. Kata dia, pada ketika ini wujudnya komplot cuba nak heret Sultan Kedah.
"Apa yang menyedihkan ialah daripada cakap-cakap dan mesej di media sosial, komplot ini cuba mengheret Ke bawah Duli Tuanku Sultan Kedah dan Jemaah Pemangku Sultan untuk meyakinkan rakyat serta menghalalkan tindakan mereka yang mempunyai agenda serang balas terhadap tuntutan supaya Najib berundur.

"Paparan sesetengah media arus perdana cuba memberikan gambaran seolah-olah tuntutan mengguling Mukhriz adalah daripada rakyat. Ianya bertujuan untuk memberi tekanan kepada Tuanku Sultan mempercepatkan perkenan untuk mengguling Mukhriz daripada jawatan MB. Tindakan ini suatu perbuatan jahat mengheret Tuanku Sultan dalam kemelut Politik dalaman Umno Malaysia dan di Kedah.

"Saya ingin mengingatkan Najib dan pimpinan Umno Kedah, jangan mengheret Tuanku Sultan dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi maksud menyempurnakan agenda politik permusuhan dalaman Umno dan membersihkan penentang Najib untuk beliau terus berkuasa," jelas Mahfuz dalam kenyataan yang disiarkan hari ini.
Heh! Si Mahfuz Bean tu sedar atau tidak, kenyataan yang dia buat tu sebenarnya kena pada batang hidung dia sendiri? Dia sedar ke tidak bahawa dia yang mula - mula heret istana dalam konflik tersebut?

Bukan ke sebelum ini Si Mahfuz Bean tu sendiri yang melabelkan pihak yang buat sidang media mendesak agar ditukar kepimpinan di Negeri Kedah tu sebagai tidak menghormati Sultan?
Apa yang jelas, Si Mahfuz Bean ni hanya setakat nak jadi Batu Api je dengan melaga - lagakan pemimpin UMNO. Dia buat sebab nak cari 'Publisiti Murahan' demi untuk memenuhi kepentingan Politik Peribadi dia sendiri. Bukannya dia buat untuk orang lain!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping