Kan dah kata. Memang serabut perut kalau dilayan kerenah Ahli Parlimen yang tak reti buat kerja ni. Mudah sangat dia menggelupor tak tentu arah macam orang hilang akal bila ada pendedahan yang dibuat.
Dek kerana ketandusan idea untuk menjawab persoalan mengenai pembabitan pemimpin dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu dalam isu Bauksit, mula la diorang meracau dan meroyan.
Malah pendedahan yang kita buat mengenai tindakan penyokong Pakatan Haprak tu memajak tanah mereka secara peribadi demi mendapat habuan yang lumayan juga tidak dapat dijawab.
Maka terpaksa la diorang sebarkan cerita kononnya punca sebenar kejadian laut merah di Kuantan baru - baru ini berpunca dari 'Sireh' dan menjadikan isu itu viral dilaman media sosial.
Kononnya mereka mendakwa, kenyataan mengenai 'Sireh' yang dikatakan menjadi punca pantai sekitar kawasan Kuantan menjadi merah itu telah disiarkan dalam laporan berita di TV3.
Dan ada juga pihak yang tak bertanggungjawab mendakwa kenyataan itu dibuat oleh YAB Menteri Besar Pahang. Walhal, sehingga hari ini, tiada sebarang kenyataan media direkodkan.
Bermakna, dakwaan dan spekulasi yang disebarkan membuktikan bahawa ianya hanya sekadar fitnah semata - mata dan pihak yang terlibat perlu membuat laporan mengenainya.
Secara tidak lansung, itu membuktikan bahawa puak - puak Pakatan Haprak tu kini dalam keadaan terdesak apabila ada dikalangan pengikut serta pemimpin mereka sendiri yang terlibat dalam aktiviti Bauksit ni. Maka sebab itulah Ahli Parlimen yang tak reti buat kerja tu meroyan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.