Rabu, Januari 06, 2016

Heh! Kita ingatkan kat Malaysia ni ada sorang Pondan je yang mengaku diri dia pandai MENIPU. Tapi rupanya, ada jugak Pondan yang pandai berlakon semata - mata untuk mencuri.

Ini sebenarnya, rupa pencuri yang melarikan sedulang barang kemas di sebuah kedai emas di Bukit Payong sabtu lalu! Pencuri ini sebenar bukannya perempuan tapi lelaki yang menyamar jadi perempuan. Kurang ajar!

Dalam laporan yang disiarkan melalui laman portal Utaranews, Polis dah berjaya menahan lelaki ini kira-kira 36 jam, selepas dia ‘merompak’ sedulang barang kemas di sebuah kedai emas di Bukit Payong, Sabtu lalu.

Pandai menggunakan taktik licik untuk mengelak orang cam muka dia ye. Tapi itu lah orang kata sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitu lah nasib si pencuri yang berusia 35 tahun ini, di tahan selepas polis menyerbu rumah sewa beliau di Kampung Rhu 2.

Hasil serbuan, pihak polis menemui sebahagian barang kemas yang telah dicuri dan disorokkan di pelbagai tempat di dalam rumah tersebut termasuk lah di dalam kasut dan beg.
Selain itu polis turut menemui resit menjual sebentuk cincin, sehelai kemeja T berwarna merah jambu dan tudung yang dipakai si pencuri itu semasa melarikan dulang emas tersebut.
"Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah, polis berjaya menemui dan merampas kembali sebahagian barangan kemas yang dicuri dan yang dah dijual bernilai kira-kira RM80,000..

"Difahamkan, sebelum kejadian dulang barang kemas itu di curi.. Suspek, sebenarnya pernah mengunjungi kedai emas tersebut pada tarikh 30 Disember lepas untuk menjual sebentuk cincin emas..

"Rakaman CCTV pada 4.30 petang pada tarikh 30 Disember lalu, menunjukkan kedai emas itu dikunjungi seorang pelanggan lelaki yang berperwatakan lembut dalam keadaan mencurigakan.." - lapor Utaranews
Licik sungguh lelaki ini kan, macam - macam watak dia boleh jadi. Patutnya dia ni jadi ‘pelakon’, nampak ‘bakat’ dia ke arah itu sebenarnya, tapi sayang dia pilih jalan hitam untuk menjadi pencuri!

Selepas soal siasat, lelaki itu mengaku dia berpakaian wanita dan masuk ke kedai emas itu untuk mencuri. Selepas dah rembat satu dulang barang kemas, dia berhenti di sebuah stesen minyak untuk menukar persalinan beliau bagi mengelak dari di kesan.
Categories:

1 ulasan:

  1. KEPIMPINAN MELALUI TELADDAN.
    KIHKIHKIHKIH.
    Cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari.
    Bagaimana kuih, begitulah acuannya.
    Tapi sepandai-pandai pondan, ditangkap juga akhirnya.
    INGAT NI ye, NAJIB.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping