Rabu, Januari 06, 2016

Memang kalau bercakap dengan Ahli Parlimen yang tak reti buat  ni, satu hapah pun dia takkan faham. Kalau dia faham pun, kemungkinan besar dia akan 'buat - buat tak faham'.

Jadi, untuk tidak mengelirukan otak serabut Si Foziah tu supaya dia sendiri tidak mengelirukan orang lain, baik dia baca artikel yang dibawah ni betul - betul. Secara mudahnya:

Hari ini, satu kenyataan media bersama telah dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang dan juga Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar yang diwakili oleh Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi.

Dalam kenyataan media itu, kedua - dua pihak telah mencapai persetujuan untuk menghentikan sebarang aktiviti berkaitan perlombongan bauksit di Kuantan selama 3 BULAN bermula 15 Januari 2016.

Dalam erti kata mudahnya, selama 3 BULAN, semua aktiviti mengeluarkan bauksit dan melombong bauksit perlu dihentikan. Tiada lagi sebarang pengeluaran akan dibuat sepanjang tempoh tersebut.

Pada waktu yang sama juga, pihak Kerajaan Negeri dan juga Kementerian akan melaksanakan tiga fasa bagi menyelesaikan masalah - masalah pencemaran yang sedang dihadapi pada ketika ini.
FASA PERTAMA: Pihak Lembaga Perlabuhan Kuantan perlu mengosongkan satu kawasan 'Stock Pile' yang ada didalam kawasan mereka dan dieksport ke Negara pembeli.
FASA KEDUA: Kesemua 11 kawasan 'Stock Pile' sama ada milik agensi atau pun milik persendirian yang berada diluar kawasan Perlabuhan juga perlu dikosongkan dan dibersihkan.
FASA KETIGA: Menempatkan SATU SAHAJA kawasan 'Stock Pile' atau lebih mudah digelarkan sebagai 'One Stop Centre' bagi semua hasil perlombongan sebelum ianya dihantar ke luar Negara.
One Stop Center ini perlu memenuhi syarat dan patuh kepada garus panduan yang akan disediakan oleh pihak Kerajaan bagi memastikan kawasan tersebut tidak mencemarkan alam sekitar.

Selain itu, pihak Kementerian juga akan membekukan sebarang pengeluaran 'AP' bagi pengusaha - pengusaha sehingga semua fasa diatas dipenuhi dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan.

Bermakna, lesen pengeluaran juga akan turut dibekukan dan hanya akan diberikan kepada mana - mana syarikat yang mempunyai 'AP' sahaja. Syarikat yang takde 'AP' dan lesen akan dianggap haram.

Maksudnya, jika dalam tempoh 3 bulan tu semua 'Stock Pile' didalam dan diluar kawasan perlabuhan tidak dibersihkan, maka pembekuan bagi perlombongan bauksit itu akan dilanjutkan.

Tak kira la 3 bulan ke, 4 bulan ke, 5 bulan ke, waima setahun sekali pun, ianya akan diteruskan selagi pihak yang terlibat tidak memenuhi syarat dan ketetapan yang telah dibuat. Kot itu pun masih yang tak faham jugak, maka sama la diorang dengan Si Foziah tu!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Ermmm ye la, kita yg menyedut habuk tu hari hari, yg empunya duduk kt London, sikit pun x fikir pasal rakyat

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping