Rabu, Januari 06, 2016

KEJAYAAN 1MDB menyelesaikan masalah hutangnya mengikut tempoh yang ditetap kerajaan, merupakan satu ‘tiupan maut’ membawa angin malu yang besar kepada pembangkang dan sekutu mereka.

Dapat dosa kering macam itu sajalah penyokong pembangkang bila hutang 1MDB yang dikatakan telah hilang ni sebenarnya memang wujud, aset yang menyebabkan hutang itu pun ada dan pelaburan tersebut memang ada nilainya tersendiri.

Bahkan ada banyak syarikat membida untuk mendapatkannya. Dulu sibuk hutang hilang, sekarang bila hutang itu wujud dan sudah dibayar, apa lagi masalah kau – ringkasnya begitu.

Dalam kes Bandar Malaysia, syarikat yang berjaya mendapat 60 peratus ekuiti pihak syarikat 1MDB adalah konsortium syarikat yang berasal dari Negeri Johor dan juga negara China.

Kejayaan ini mendatang rasa tidak senang di kalangan pembangkang. Antara yang terkesan paling teruk ialah Si Tony Puaka tu yang membuat tuduhan tanah itu dinilai secara membabi buta.

Belum berapa lama dulu, bila 1MDB kata nilai Bandar Malaysia (dan liabilitinya) adalah sebanyak RM 11 billion, Si Tony Puaka kata nilai itu sengaja diperbesarkan, sepatutnya RM 4.2 billion kata dia.

Tapi sekarang, bila 1MDB membuat keputusan untuk memuktamadkan urusniaga itu pada harga sebanyak RM 12.35 billion, Si Tony Puaka tu mempersoalkan jumlah tunai yang dibayar pulak.

Mengaku cerdik dan ada kelulusan pelbagai, tapi macam mana tak tahu dalam pengambilalihan macam ini, syarikat yang mendapat ekuiti itu bukan saja keluar wang untuk bayar 1MDB, liabiliti projek yang diperoleh pun di ambil alih sekali?

Sekarang fahamlah kenapa Tony ke dalam telurnya bila Arul Kanda sahut cabaran berdebat. Fahamlah kenapa Tony bagi pelbagai alasan untuk tidak berdebat dengan Arul Kanda sehingga orang lain terpaksa dicalonkan untuk menggantikannya.

Di sebalik perwatakan 'Cerdik' yang cuba dipamerkan tu sebaliknya hanya membuktikan bahawa Si Tony Puaka tu hanya seorang Kaki Putar Alam semata - mata. Dia bukannya tau apa benda pun. Setakat pandai melalak, suruh budak sekolah tadika pun pandai!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping