Manusia memang mudah lupa. Tidak kiralah sama ada seseorang itu rakyat biasa atau pemimpin. Penyakit lupa ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira usia, pangkat atau darjat. Itu lumrah.
Namun apabila kepelupaan manusia itu dikaitkan dengan tujuan untuk meraih markah politik semata-mata, ia boleh menjadi jenayah moral yang agak besar.
Ahli Parlimen PKR Sungai Petani menyifatkan krisis Menteri Besar yang sedang berlaku di Kedah ini sesuatu yang 'buruk' kerana kononnya penyandang didesak berhenti secara terbuka.
Beliau juga menuduh bahawa episod desakan pucuk pimpinan UMNO Kedah mahu menukar Mukriz sebagai Menteri Besar itu sebagai satu tindakan yang kurang tertib atau tidak beretika.
Kenyataan yang dibuat di bangunan parlimen kelmarin sekaligus menyerlahkan ke-DUNGU-an pengamatannya perihal politik dan satu pemikiran yang amat tidak adil serta tidak ikhlas.
Ini kerana Johari bukan sahaja mempunyai pandangan negatif mengenai krisis berkenaan tetapi cuba membuat perbandingan dengan “kecekapan dan keelokkan” cara partinya, menangani isu yang sama dua tahun lalu di Selangor.
Johari mungkin tidak sedar bahawa sebenarnya beliau “membuka pekong di dada” dan natijah tindakannya itu boleh dibaca sebagai rakus serta tidak sensitif betapa perilakunya cuba “membela dan menggilap” sejarah politik partinya itu semakin memburukkan citra PKR yang tercemar dek strategi bebal yang dipanggil Langkah Kajang.
Johari yang juga Ketua Whip PKR di parlimen menyatakan bahawa PKR mempunyai alasan munasabah ketika itu untuk menukarkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
"Namun kita menukar MB secara demokratik dengan memberi alasan mengapa beliau harus undur,” katanya.
Mungkin cara demokratik yang beliau maksudkan ialah dengan ‘mengarahkan wakil rakyat Kajang, Lee Chin Cheh supaya mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negerinya demi mengizinkan Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil.
Tujuannya ialah apabila Anwar menang, beliau akan mudah diserahkan jawatan Menteri Besar oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Malang bagi Johari beliau gagal memperjelaskan apakah cara “bersih” dan demokratik yang dilakukan oleh PKR untuk menurunkan Tan Sri Khalid dari kerusi menteri besar.
Malah yang masyarakat boleh ingat ialah Tan Sri Khalid mencabar pelbagai tuduhan yang dilemparkan dengan cara rasmi terhadap untuk memaksa bekas tokoh korporat itu meletak jawatan dalam mahkamah.
Apabila tiba hari perbicaraan perundingan diadakan di antara PKR dengan Khalid dan Setiausaha Agung PKR terpaksa memohon maaf dan menarik balik pelbagai tuduhan yang dilemparkan PKR.
Dalam erti kata lainnya, 'Cara Bersih' yang dimaksudkan oleh puak - puak PKR tu adalah dengan melemparkan pelbagai tuduhan serta menyebarkan Fitnah terhadap Khalid Ibrahim demi untuk menggugurkan dia dari jawatan Menteri Besar Selangor!!!
OK lah tu dia setakat membodohkan diri sendiri. Pemimpin2@menteri2 UMNO ni dah lah bodoh dunggu, bebal nak memperbodohkan org lain lagi dan ajak rakyat jadi bodoh, dunggu, bebal cam dia.
BalasPadammung ni bebal tahap kura2 dalam perahu
PadamAle Uto...komen macham tahap ayah Pin je
BalasPadamKETUM PKR dan keseluruhan pemimpin masa bayi termakan taik sebab terlepas pandan emak bapak, asyik dok berdemo dan merusuh.
BalasPadamBila dah besar dapat penyakit sindrom bodoh bangang.