Isnin, Januari 04, 2016

Haduh!!! Serabut perut betul melayan kerenah Ahli Parlimen yang tak reti buat kerja ni. Dia yang KANTOI tak buat kerja menjaga kawasan, kenapa pulak dia nak salahkan orang lain?

Isu mengenai perlombongan Bauksit ni dah lama dah orang buat bantahan. Tapi kenapa sekarang baru Si Fuziah tu nak bukak mulut dan nak tunjuk Hero? Selama hari ni, apa yang dia buat di Parlimen?

Dan apa yang lebih menghairankan, kenapa Si Fuziah tu hanya sekadar mendesak agar pihak Kerajaan 'menggantung lesen' pengeluaran bauksit sedangkan ianya memudaratkan rakyat?

Alasan yang diberikan oleh Si Fuziah, tindakan 'menggantung lesen' itu akan memberikan ruang kepada pihak Kerajaan agar dapat mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.

Jika dilihat dari satu sudut, tindakan Si Fuziah tu seperti membelakangi kepentingan rakyat bagi melindungi kepentingan pihak - pihak tertentu. Tidak seperti yang dilakukan dalam isu Lynas.
Kalau dulu, dalam isu berkaitan dengan pembinaan kilang Lynas, Fuziah bukan sahaja mendesak agar kilang tersebut ditutup dengan alasan ianya memudaratkan keselamatan rakyat.

Bahkan, pihak yang menyokong gerakan Si Fuziah tu juga turut membuat ugutan secara terbuka untuk membakar kilang tersebut sekiranya pihak Kerajaan tidak mengikut kehendak mereka.

Kata mereka, pembinaan kilang tersebut akan mengakibatkan rakyat terdedeah kepada pencemaran radiasi. Walhal, pada ketika bantahan itu dibuat, kilang Lynas tu masih belum siap dibina!!!

Berbeza dengan isu Bauksit, dimana ianya terang - terangan menjejaskan rakyat dan menjadi punca kepada pencemaran alam sekitar. Jadi, kenapa Si Fuziah tu tak desak agar ianya diharamkan terus?

Kenapa dalam desakan yang dibuat, Si Fuziah tu hanya mendesak agar industri pengeluaran Bauksit itu 'Digantung' dan tidak diminta agar ianya diharamkan seperti yang dibuat di Negara Indonesia?

Pokok pangkalnya, desakan yang dibuat oleh Si Fuziah tu tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya, penggantungan lesen itu hanya disifatkan sebagai 'Sementara' dan bukannya penyelesaian secara menyeluruh!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping