Sudah pasti itu alasan yang akan diberikan oleh puak - puak Macai kesayangan Pakatan Haprak tu berikutan keputusan yang telah dibuat oleh pihak Mahkamah hari ini. Meroyan diorang dibuatnya.
Dek kerana kuat sangat menabur fitnah dan membuat dakwaan yang bukan - bukan tanpa melampirkan bukti yang sah, dah tak pasal - pasal je diorang kerugian sebanyak RM 15 ribu.
Mahkamah hari ini telah membatalkan saman PKR terhadap Perdana Menteri dan Setiausaha Agung UMNO berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab dalam keputusan penghakimannya berkata, mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes tersebut.
Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sehubungan itu memohon kos sebanyak RM50,000.
Selain Najib dan Tengku Adnan, syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Develoment Bhd. (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dinamakan sebagai defendan pertama hingga keempat.
Tapi yang buat tuntutan pun bukan orang lain. Antara lainnya, Si Ketua Penipu yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun kerana sabitan kes liwat; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahli Parlimen Batu, bekas Setiausaha Agung PKR, dan ahli jawatankuasa parti 'Periuk'.
Dalam pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa, Najib telah menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri selain bertindak secara korup dan menyalahi serta melanggar undang-undang.
Peguam Tommy Thomas mewakili pihak plaintif mencadangkan kos yang tidak melebihi RM10,000 bagi setiap plaintif. 1MDB dan SPR masing-masing memohon RM50,000.
Peguam-peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh dan Azizan Md. Arshad mewakili SPR memohon kos RM30,000. Mohd. Zaki sehubungan itu menetapkan kos sebanyak RM15,000 kepada setiap defendan pertama dan kedua manakala SPR dan 1MDB mendapat RM10,000.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.