Selasa, Januari 05, 2016

ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman berkata DAP yang sepatutnya memberikan laluan kuota ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada Parti Amanah Negara (PAN), dan bukannya PAS.

Wakil rakyat PAS itu berkata, ini kerana kedua - dua parti berkenaan merupakan rakan kerjasama politik baru dalam Pakatan Harapan (PH). Jadi, kenapa pulak PAS yang harus berkorban?
"Kalau ikutkan pada kerjasama, DAP sepatutnya memberikan kuota mereka dan bukan PAS yang tak ada kena mengena dengan PAN. Itu baru dinamakan kerjasama sekiranya mereka memang benar-benar berada di dalam Pakatan Harapan,” katanya dipetik Sinar Harian.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga turut menegaskan, parti itu hanya akan memberikan laluan kepada PAN sekiranya pucuk pimpinan tertinggi membuat keputusan sedemikian.
"Saya sebagai ADUN dan beberapa kawan lain yang tak memegang jawatan dalam parti hanya akan menunggu keputusan daripada pucuk pimpinan parti.
"Kalau kata bagi laluan, maka kita akan bagi laluan. Tapi, kalau apa yang berlaku adalah sebaliknya, maka kita semua akan akur,” katanya.
Sementara itu ADUN Selat Klang pula berkata, dia menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang enggan memberi laluan kuota kepada PAN.

Kata Halimah, perkiraan Rejim Pakatan Selangor sebelum ini hanya melibatkan tiga buah parti yang dibentuk dalam kerjasama Tahaluf Siyasi sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
"Yang relevan dalam pembentukan kerajaan negeri adalah parti-parti yang bertanding di dalam pilihan raya lalu sahaja," katanya.
Semalam Iskandar yang juga merupakan Naib Presiden PAS berkata, PAS Pusat memutuskan enggan memberi laluan kepada PAN dalam pembahagian kerusi ahli majlis di Selangor. 

Sementara itu, Menteri Besar Selangor pula berkata, pihaknya perlu berlaku adil dalam pembahagian kerusi berkenaan selain menyatakan PAN perlu turut diberi ruang untuk menyumbang khidmat di peringkat PBT.

Nampak sangat yang Si Menteri Besar Selangor tu cuba nak 'Main Kayu Tiga'. Kiri kanan dia sapu. Dengan PAS pun dia nak bekerjasama. Dengan parti 'Periuk' tu pun dia nak juga. Itu membuktikan yang dia haya setakat nak menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri je!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping