Rabu, Januari 06, 2016

Ada hati nak cabar orang konon. Padahal diri sendiri yang TAKUT nak ambik tindakan. Sebelum ni, Si Azmin tu kata, dakwaan yang dibuat oleh Si Chagubard tu semua adalah fitnah belaka.

Tapi bila dicabar suruh ambik tindakan dan failkan saman terhadap Si Chagubard tu, terus dia mendiamkan diri. Sekarang baru dia berani bersuara. Mungkin dah dapat ilham lepas tak tidur malam kot.

Bila Si Chagubard tu kata dia ada bukti penyelewengan yang dilakukan oleh Si Azmin tu dalam isu berkaitan dengan pembalakan, Si Azmin tu pun menyalak suruh Si Chagubard tu buat laporan kepada SPRM.

Tapi siapa sangka. Cabaran yang dibuat oleh Si Azmin tu telah disahut secara terang - terangan pada hari yang sama oleh Si Chagubard tu dalam satu kenyataan media yang disiarkan hari ini.
SHAH ALAM: Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin sedia menyahut cabaran Menteri Besar Selangor, untuk melaporkan dakwaan pemberian tender pembalakan dibuat secara tidak telus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi bersyarat.

Syaratnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu mengklasifikasikan dokumen Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dimiliki beliau, bersabit dakwaannya itu, sebagai bukan rahsia kerajaan.

"Asas mudah, (Datuk Seri) Azmin kamu menipu atau tidak (mengenai tender terbuka proses pemberian kawasan balak di Selangor). Dia tidak boleh nafi pun yang dia tidak menipu dan kalau betul ada tender terbuka, yang ada dalam tangan saya adalah kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang tertakluk dalam rahsia rasmi kerajaan. Kalau saya dedahkan saya akan terperangkap dalam undang-undang Akta Rahsia Rasmi.

"Justeru kalau betul Azmin berani, dia (harus) kategorikan semula semua kertas Majlis Mesyuarat bukan rahsia kerajaan, saya akan tampil dedahkan," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Chegubard berkata, Azmin perlu berbuat demikian bagi memastikan pendedahan yang bakal dibuatnya 'tidak memakan diri'.


"Tidak payah berselindung dibalik SPRM, kalau saya buat laporan dokumen tersebut adalah dokumen rahsia rasmi kerajaan, laporan SPRM pula tertakluk saya tidak boleh dedahkan laporan SPRM, akhirnya dia lepas," dakwa Chegubard.
Nah! Sekarang kita tengok la siapa 'Anak Jantan' yang sebenarnya. Berani atau pun tidak Si Azmin tu nak menyahut cabaran Si Chagubard tu agar kebenaran dapat didedahkan kepada umum? Kalau Si Azmin tu setakat berani main 'Sorok - Sorok' je, baik tak payah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping