Ahad, Januari 24, 2016

Sama ada dia ni tak cukup tidur atau saja - saja je dia buat kenyataan tersebut untuk mengelirukan rakyat. Tapi pokok pangkalnya, Si Menteri Besar Cap Ayam ni memang kuat menipu.

Apa yang jelas, tindakan yang dilakukan hari ini hanya sekadar nak menyembunyikan ke-GAGAL-an dia menjawab isu - isu salah urus-tadbir Negeri yang telah dibangkitkan sebelum ini.

Dari isu berkaitan dengan salah guna Dana Rakyat dalam isu DEIG, salah guna Dana Rakyat berhubung perbelanjaan melampau untuk cat Pintu Gerbang sehingga ke isu berkaitan tender Balak.

Sebaliknya dalam kenyataan yang dikeluarkan, Si Menteri Besar Cap Ayam tu kata pihak dia akan membuat kajian semula sumber bekalan air mentah yang hendak disalurkan ke negeri tersebut.

KONONnya kata Si Menteri Besar Cap Ayam tu, perkara tersebut perlu dilakukan kerana timbul isu berkaitan dengan pencemaran perlombongan bauksit yang kini menjadi isu utama di Kuantan.
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang mengkaji tahap kualiti air yang dibeli daripada negeri Pahang berikutan dikhuatiri dicemari bauksit, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata langkah berkenaan dilaksanakan bagi memastikan kos merawat air mentah yang mungkin tercemar itu tidak akan membebankan rakyat negeri ini.

"Perjanjian pembelian air mentah dari Pahang yang dibuat pentadbiran negeri sebelum ini menjanjikan kualiti air yang baik dan selamat bagi rakyat di sini.


"Disebabkan itu kami mahu kaji semula kualiti bahan mentah tersebut dan jika ia mencapai tahap pencemaran berbahaya, ia pasti memerlukan kos rawatan yang besar dan tinggi," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Hakikatnya, apa yang berlaku di Kuantan tu takde kaitan pun dengan bekalan air mentah ke Selangor sebab bekalan air mentah tu bukan datangnya dari sumber air di Kuantan, tapi datang dari Empangan Lembah Klau.

Jika dilihat dari segi Topografinya, kedudukan empang Lembah Klau tu JAUH dari Kuantan. Jadi, soal pencemaran bauksit dalam bekalan air mentah yang nak disalurkan ke Selangor tak timbul lansung.

(PS: Empangan Lembah Klau ni terletak diantara sempadan Daerah Raub dan Bentong disebelah Pahang Barat. Takde kaitan pun dengan Kuantan yang terletak dibahagian Pahang Timur. Lain la kalau air dari Kuantan tu pandai Naik Bukit!!!)

Apa yang jelas, kenyataan yang dibangkitkan oleh Si Menteri Besar Cap Ayam tu hanya sekadar nak mewujudkan perasaan curiga dengan niat untuk mengelirukan rakyat secara terbuka.

Bahkan, kenyataan itu juga boleh dianggap sebagai satu satu langkah untuk menutup kemaluan Si Menteri Besar itu sendiri yang sehingga hari ini masih GAGAL menangani masalah bekalan air di Selangor. Dia sendiri yang Tak Reti buat kerja, ada hati nak salahkan orang lain pulak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Tahniah penduduk selangor, ada MB cap ayam. What do you expect? Nama pun cap ayam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping