Jumaat, Januari 15, 2016

Inilah tahap mentaliti puak - puak Pakatan Haprak ni. Nak pulak dikalangan DAPigs. Mengkala kalau buat kerja, tak pernah guna kepala otak. Asyik guna Kepala Lutut je kerjanya.

Itu yang berlaku terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Si Teresa Kok hari ini. Elok - elok takde penyakit, dah cari penyakit. Sekarang baru la dia nak sibuk meroyan tak tentu arah.

Dalam laporan media hari ini, Si Teresa Kok tu telah menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya bagi memindahkan perbicaraan kes hasutan ke Mahkamah Tinggi.

Peguamnya S N Nair memaklumkan kepada mahkamah mengenai perkara itu susulan keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menarik balik pertuduhan yang dihadapinya mengikut Akta Hasutan. 

Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad mengesahkan perkara itu. Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel tiga hakim kemudian membatalkan rayuan.

Kok, 51, yang juga naib pengerusi DAP, didakwa di Mahkamah Sesyen pada 6 Mei tahun lepas kerana dikatakan menerbitkan satu klip video bertajuk ‘Teresa Kok ONEderful Malaysia CNY 2014’ yang disiarkan sempena Tahun Baharu China pada Feb 2014.

Teresa memohon untuk memindahkan perbicaraan kes itu ke Mahkamah Tinggi tetapi permohonannya ditolak pada 25 Jun tahun lepas.

Pada 20 Nov tahun lepas, timbalan pendakwa raya Hamdan Hamzah memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen bahawa pertuduhan ke atas Kok telah ditarik balik.Di luar mahkamah, Nair berkata Kok ingin mengucapkan terima kasih kepada Mohamed Apandi kerana menarik balik pertuduhan ke atasnya.

Pokok pangkalnya, apa yang dilakukan oleh Si Teresa Kok tu hanya sekadar membuang masa je. Bukannya mendatangkan faedah pun. Setakat buat kerja pandir macam tu, suruh budak sekolah tadika pun reti. Tak payah susah - susah jadi Ahli Parlimen!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping