Isnin, Januari 25, 2016

Hah! Ini baru dikatakan sebagai 'Anak Jantan'. Tak macam sesetengah orang tu yang asyik nak selesaikan kes diluar mahkamah je. Lepas tu, tak nak mengaku pulak kesalahan yang dibuat.

Lagi teruk, yang didapati bersalah dan meminta maaf tu berlagak macam dia 'Bersih' sangat dari orang lain. Walhal, apa yang dia telah lakukan jauh lebih 'Kotor' dari yang didakwa.

Itulah yang telah dilakukan oleh Si Nurul Izzah tu sebelum ini. Punya la dia nak menang Pilihan Raya dan kekal sebagai Ahli Parlimen sampai terpaksa menabur fitnah terhadap calon lawan.

Bila disaman didalam mahkamah kerana didakwa menabur fitnah, pandai pulak dia nak mintak agar kes tersebut diselesaikan diluar mahkamah dengan hanya dia meminta maaf secara tertutup.

Mungkin Si Nurul Izzah ingat dengan cara tu, rakyat tak nampak perkara 'Jijik' yang telah dilakukannya. Mungkin dia ingat, rakyat akan tetap anggap dia seorang pemimpin yang 'Bersih'.

Yang memalukannya ialah apabila Si Nurul Izzah tu berlagak macam dia sebelum ini menang dengan cara yang Halal seolah - olah dia tak melakukan Dosa Besar kepada rakyat. Padahal, dia MENIPU rakyat secara terang - terangan. Itu pun dia tak nak mengaku jugak ke!!!
KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah yang dikemukakan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan diteruskan dengan perbicaraan selepas ia gagal mencapai persetujuan melalui proses mediasi.

Perkara itu dimaklumkan peguam J. Leela yang mewakili Anwar kepada pemberita selepas kes disebut di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi S.Nantha Balan pada Jumaat dengan dihadiri peguam Sarah Abishegam, mewakili Khairy. 

Leela berkata kes saman itu akan diteruskan dengan perbicaraan bermula 7 Mac selepas cadangan beliau supaya kes saman diselesaikan secara mediasi tidak mendapat persetujuan daripada Khairy. 


Katanya mahkamah turut mengekalkan tarikh perbicaraan selanjutnya iaitu 8 dan 10 Mac dan tidak akan membenarkan sebarang penangguhan pada masa hadapan. Mahkamah juga menetapkan 19 Februari ini untuk pengurusan kes. 
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping