Ketua Menteri Pulau Pinang digesa membuat penjelasan tanpa berselindung kepada rakyat berhubung penyelesaian kes fitnah dengan Ketua Penerangan PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh minggu lalu.
Ini kerana kenyataan susulan Nasrudin bahawa beliau tidak meminta maaf dan tidak memfitnah Lim Guan Eng malah berpegang dengan kenyataannya bertajuk “Terowong Dasar Laut – Penjelasan Tuduhan Fitnah ” yang dibuat pada 8 Ogos 2014 adalah satu dakwaan serius.
Nasrudin juga turut mendakwa bahawa peguam Lim Guan Eng yang telah menemui beliau beberapa kali untuk menggesa beliau menyelesaikan kes di luar mahkamah.
Selain itu, Nasrudin dan peguamnya, Wan Rohimi Wan Daud juga kemudiannya mengesahkan bahawa bahagian khusus yang ditarik balik adalah berkaitan kekeliruan berhubung istilah tender terbuka, rundingan terus atau Permintaan untuk Cadangan (RFP).
Sekaligus kelakuan luar biasa Lim Guan Eng, kata Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Liang Teck Meng telah mengagumkan ramai golongan pemerhati dan rakyat.
Ini kerana, pendekatan terdesak Lim Guan Eng terhadap Nasrudin dan penerimaan anugerah kos RM10,000 olehnya tanpa sebarang ganti rugi adalah bertentangan dengan rekod prestasi Setiausaha Agung DAP itu dalam kes-kes mahkamah sebelum ini yang membabitkan kesudahan sehingga mencecah nilai ratusan ribu ringgit pampasan.
Menurut Teck Meng, selain daripada tender terbuka vs tuntutan rundingan langsung yang ditarik Nasrudin, tuduhan serius lain Nasrudin terhadap Lim Guan Eng pada Ogos 2014 turut merangkumi:
1. Terowong Pulau Pinang tidak mengadakan rundingan awam yang mencukupi sebelum meluluskan projek Terowong Pulau Pinang.
2. Projek Terowong Pulau Pinang termasuk lebuh raya berkaitan pada kos RM6.3 bilion adalah terlampau mahal.
3. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah beroperasi dengan bajet defisit selama bertahun-tahun dan hanya mencatatkan lebihan belanjawan keseluruhan menerusi peningkatan besar penjualan tanah negeri yang semakin berkurangan.
4. Bahawa DAP hipokrit kerana menyerang bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim berhubung projek lebuh raya KIDEX atas alasan lebuh raya bertol tidak selari manifesto Pakatan sedangkan kerajaan DAP Pulau Pinang sendiri membenarkan konsesi tol 30 tahun bagi projek terowong Pulau Pinang.
Menurut Teck Meng lagi, laporan media dan kenyataan dari Nasrudin itu juga jelas mencadangkan bahawa dakwaan di atas tidak ditarik balik dalam penyelesaian kes itu di mahkamah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.