Rabu, Januari 13, 2016

Wah-wah!!! Bukan main lagi Si Rafizi tu berkokok mempertikaikan KONONnya Kerajaan tak kutip cukai hasil perlombongan Bauksit ni ye. Kalau sekali baca, memang hebat betul pendedahan dia.

Mungkin dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu, boleh la Si Rafizi tu nak tipu. Hakikatnya, rakyat Malaysia ni cukup bijak untuk dikelirukan dengan dakwaan yang dibuat oleh Si Rafizi tu.

Dalam kenyataan yang dibuat semalam, Si Rafizi tu mendakwa tiada duti eksport dikenakan ke atas hasil perlombongan Bauksit. Kiranya, kata dia, Kerajaan tak kutip pun cukai Bauksit ni.

Dakwaan Si Rafizi tu merujuk kepada semakan yang dibuat dilaman Kastam DiRaja Malaysia dimana ianya menunjukkan bahawa kadar Duti Eksport bagi Bauksit ini adalah "0 Peratus".

IRONIKnya, dalam kenyataan yang sama, Si Rafizi tu kata, pihak Kerajaan Negeri tak boleh nak kutip sebarang 'Royalti' atau kenakan Caj ke atas perlombongan bauksit sebab Kerajaan Pusat dah kutip.
"Ini kerana kerajaan Persekutuan telah mengenakan duti eksport yang separuhnya akan diagihkan kepada kerajaan negeri," katanya.
Herankan? Tadi dia kata pihak Kerajaan tak kutip cukai. Lepas tu dia kata Kerajaan Pusat dah kenakan separuh dari cukai duti eksport yang kemudiannya diagihkan kepada Kerajaan Negeri.

Yang mana satu betul ni? Ada ke tidak Kerajaan kutip cukai duti eksport untuk bahan mineral seperti Bauksit ni? ATAU, adakah Si Rafizi tu ingat duit kutipan cukai sebanyak RM 47 juta tu jatuh dari langit?

Realitinya, bukan Kastam yang kutip cukai Duti Eksport hasil bahan mineral seperti bauksit ni. Sebaliknya, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang kutip. 

Itupun pihak JMG kutip dalam bentuk Royalti yang kemudiannya diserahkan kepada PTG. Bukannya dalam bentuk cukai seperti mana yang didakwa oleh Si Rafizi tu. Takkan itu pun Si Rafizi tu tak tau sedangkan perkara itu dah dilaksanakan sejak tahun 2007 lagi. Kalau dia tak tau, jangan la nak tunjuk pandai pulak!!!
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Betul atau salah, itu lain cerita lah. Kalau dah jadi fitnah kemudian boleh jer minta maaf... cakap dia cuma berseloroh jer. Kalau dah puak kilang fitnah dan tidak bermaruah, dan tidak kenal haram atau halal...dan jadi pulak haramjadah.... hentam jer dulu. Mujur lah Pas tidak jadi juruhebah PKR. Kalau tidak habis merata pelosok masjid dan surau ustaz akan sebar fitnah dalam ceramah dan tazkirah. Malah akan ditambah dengan bermacam-macam rempah ratus untuk jadi lebih lazat fitnah2 tu.

    BalasPadam
  2. dah lah gemok montel mcm anak lembu...bebal pulak si gay lembut ni...aku heran mcm mana org jenis ni boleh di pilih jadi MP...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia mesti KEMUT bagus ni...rare species

      Padam
  3. Aku tabik pada Rafizi. Dialah seorang yang paling berani. Bukan berani mendedahkan isu tapi berani kerana tidak takut pada hukum Allah. Kerana beranilah Rafizi sanggut tabur fitnah.

    Pada orang seperti dia kubur masing2.

    BalasPadam
  4. DIA GURAU JER TU....

    BalasPadam
  5. Wat malu ore ganu je..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping