Aduhai! Nampak gayanya, Barisan Nasional boleh menarik nafas lega sekiranya puak - puak Pakatan yang diketuai oleh PKR tu berjaya merampas kuasa dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Setidak - tidaknya, kita tau yang kebajikan rakyat akan dapat dipimpin oleh mereka yang cerdik dan bijaksana. Hampir semua aspek kehidupan rakyat akan terus dijaga dengan baik oleh mereka.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila membaca tajuk muka depan akhbar rasmi yang dikeluarkan oleh puak - puak PKR tu baru - baru ini. Memang terserlah kecerdikan mereka.
Bayangkan. Punya la PKR tu nak memastikan keselamatan rakyat yang menggunakan perkhimatan pengangkutan awam sampai tahap benda yang sekecil itu pun diorang pertikaikan.
Walaupun ada pihak yang anggap, apa yang dipertikaikan oleh puak - puak PKR tu tak masuk akal, tapi kita jangan mudah terpengaruh dengannya. Mereka yang pertikai tu semuanya bodoh belaka.
Memang tak patut lansung keretapi seperti Monorel, atau Komuter tu tak pasang cermin sisi. Ianya akan membahayakan keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan tersebut.
Logiknya, cermin sisi ni digunakan untuk memudahkan pemandu melihat kenderaan dibelakang sebelum masuk ke simpang atau sebelum memotong kenderaan yang sedang berada didepan.
Cuba bayangkan jika Komuter takde cermin sisi ni. Tak ke ianya akan membahayakan penumpang sekiranya pemandu tak nampak kenderaan yang berada dibelakang? Eksiden nanti, siapa yang susah?
Jadi, jangan la cepat sangat marah pada editor atau pun pengarang Suara Keadilan tu. Mereka hanya mengutamakan keselamatan pengguna. Bagi mereka, kat landasan keretapi tu banyak keretapi. Maka sebab itu diorang pertikaikan benda yang sekecil itu!!!
Kenapa tak tulis kapal terbang pun kena pakai cermin sisi supaya senang nak tengok kapal lain kat belakang nak memotong...
BalasPadamKAPAL SELAM NAVY PUN TADOK CERMIN SISI BAKPO PUAK2 TU TK KOMPLEN SEKALI MASA KATA KAPAL SELAM TAKLEM MENYELAM TU HARI
Padam