Ahad, Januari 10, 2016

Semalam telah berlansungnya sebuah perkahwinan yang paling unik. Perkahwinan selepas perceraian yang cukup tragis. Ya, hari perkahwinan dari bekas janda yang dahulunya berkahwin kerana kecewa cinta ditolak.

Anda tidak dijemput sekali ke majlis perkahwinan sebentar tadi? Tahukah anda, hari ini adalah hari perkahwinan bagi Pakatan Harapan (PH) iaitu perkahwinan kedua selepas perceraian penuh tragis.

Acara akad PH telah di mulakan pada September 2015 yang lalu bilamana Pakatan Rakyat (janda yang dicerai dan ditinggalkan) telah di umumkan mati secara rasmi pada Jun 2015 yang lalu.

Pakatan Rakyat (PR) yang dahulunya di terajui oleh orang-orang hebat dalam “silat-silat rumah tangga” ini terbentuk pada tahun 2008 selepas mengalami kekesalan dan kekecewaan terhadap “sang perwira” (Barisan Nasional) selama ini.

Hari ini semua yang hadir di majlis perkahwinan tersebut telah memberi nasihat agar jangan mengulangi kesilapan lampau yang di alami dalam keluarga PR sebelum ini. Jangan ulang kesilapan?

Kalau benar ada kesilapan besar yang telah dibuat dalam PR, siapa pula yang patut di sebut dan dihukum sebagai pesalahnya? Adakah para isi PH mahu kata Mendiang Karpal Singh dan Tuan Guru Nik Aziz yang telah pun meninggal dunia sebagai pesalah?

Apakah “si penglipur lara” Anwar Ibrahim yang kini sedang dihukum dalam penjara sebagai pelaku liwat dipersalahkan sebagai punca? Ataupun Hadi Awang yang perlu dipertanggungjawabkan?

Seperkara yang harus juga ditanya, kenapa pakatan ini sengaja biarkan Lim Kit Siang berdiam membisu dan membiarkan dia terlepas tanpa memikul sebarang hukuman salah? 

Keseluruhan pakatan tidak mahukah membiarkan badan Lim Kit Siang tercalar sedikit dengan memikul tanggungjawab sebagai pesalah ini? Kalau benar salah, apakah pula jenis kesalahan yang dimaksudkan itu?

Jika ia berkaitan Buku Jingga itu sebagai janji PR, maka kesalahan yang paling besar ialah pembohongan yang paling hebat dalam rekod politik negara ini. Jawapan mudah adalah, mereka yang memperbodohkan rakyat perlu di hukum dengan setimpalnya.

Apakah pakatan ini tidak cukup dengan sokongan PKR dan PAS sahaja? Percayakah mereka pada Parti Amanah Negara (PAN) yang penuh dengan muslihat dan rasa gelojoh untuk “mengandung” dan “melahirkan anak” sendiri? Selebihnya, korang fikir la sendiri!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping