Khamis, Januari 21, 2016

Hahaha!!! Kesian pulak tengok Si Mahfuz Bean ni. Orang yang sibuk tengah beramuk, dia pulak yang meroyan tak tentu arah. Nampak sangat dia cuba nak menangguk diair yang keruh.

Kalau kita sekali tengok, kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu seolah - olah cuba nak 'Back-Up' Menteri Besar Kedah yang sedang hangat dihujani dengan kontroversi pada ketika ini.

Kata Si Mahfuz Bean, mereka yang tampil membuat sidang media berhubung kedudukan Menteri Besar Kedah tu semalam adalah tidak wajar dan ianya Tidak Menghormati Sultan Kedah.
"Esok (21 Januari) adalah hari kedua majlis pengurniaan bintang dan pingat kebesaran. Tiba tiba hari ini mereka persembahkan tindakan tidak beradab kepada sultan dan rakyat Kedah yang sedang dalam kegembiraan.
"Terpulanglah kepada Umno nak tukar Pengerusi Umno Kedah, tetapi tidak wajar mencetuskan isu ketidakpercayaan kepada menteri besar selepas tuanku sultan menerima lafaz taat setia daripada Mukhriz sebagai yang mewakili kerajaan dan rakyat Kedah. Tindakan Umno Kedah adalah penghinaan terhadap tuanku sultan," katanya.
Dan jika dilihat dari satu sudut, mungkin tindakan Si Mahfuz Bean tu boleh dianggap sebagai 'Membalas Budi' sebab sebelum ni, Si Mahfuz Bean tu pernah mintak tolong Tun Mahathir.

Tapi sebab orang yang kita cerita ni bukannya orang lain. Sebaliknya, kita cerita pasal Si Mahfuz Bean, salah seorang yang kita tak boleh percaya dalam Politik tempatan. Kuat membelit.

Sedangkan dalam PAS sendiri pun Si Mahfuz Bean tu boleh jadi 'Talam Dua Muka', inikan pulak dengan parti lain. Bukan ke sebelum ni, Si Mahfuz Bean tu terkenal dengan jolokan 'Harumanis'?

Gelaran itu menggambarkan sifat peribadi Si Mahfuz Bean tu sendiri, 'Diluar Hijau tetapi isi dalamnya Oren'. Dan yang berikan gelaran tu bukannya orang UMNO. Tapi "Geng" dia sendiri.

Jadi, tak usah la kita nak terpengaruh sangat dengan kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu berhubung isu yang sedang melanda Kedah pada ketika ini. Hakikatnya, Si Mahfuz Bean tu setakat jadi 'Batu Api' je. Bukannya sebab dia hormat sangat pada Sultan!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. apa salahnya klau ada kbenaran .. x kira la sapa pun..

    BalasPadam
  2. Betul tu

    Orang Melayu kuat melatah..cuit sikit je dah mula pot pet walhal tak tau hujung pangkal.
    Orang Melayu suka ambil citer orang lain lepas tu kupas sana sini so citer jadi besar walhal tak tau betoi ke salah ke main serkap jarang je. Mengumpat, menuduh tak habis habis
    Orang melayu suka sembang kosong lepas tu order secawan kopi duduk sembang sampai tengahari balik makan. Taukeh kedai pun boleh bankrap. Lepas tu tengok lauk sikit marah bini walhal keje tak mau lepas tu citer mat jenin lepas tu habuk pun tarak. Kalau citer politik Number One ...

    Melayu melayu .... Sape yang makan cili dialah terasa pedasnye ....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping