Sabtu, Januari 30, 2016

Ini kisah seorang lelaki bernama Bang Min. Sebelum ni, Bang Min telah berkahwin dengan dua orang perempuan secara serentak. Dia ingatkan dengan cara itu kira 'Hebat' sangat dah.

Tapi rupanya, hubungan diantara dua orang bini Bang Min tak berapa baik diantara satu sama lain. Yang sorang dok kutuk yang sorang lagi. Yang sorang lagi tu, dok memburukkan yang sorang tu.

Itu la yang berlaku hari - hari sehingga mengakibatkan Bang Min terpaksa menceraikan Bini Tua dia. Yang Bini Muda tu pulak siap cari Bini Baru lagi untuk dijadikan sebagai pengganti.

Maka, hidup la Bang Min dengan Bini Mudanya serta Bini Baru dia. Tapi, Bang Min tak boleh nak lupakan Bekas Bini Tua walaupun mereka dah berpisah dan semua orang tau mengenainya.

Mungkin Bekas Bini Tua tu 'Jilat' dia 'Sedap' sangat gamaknya. Mungkin sebab itu Bang Min tak boleh lupa. Tapi nak diceraikan Bini Muda kang, sayang pulak. Bini Muda putih, seksi, dan gebu. Yang Bini Baru, manja sangat.

Nak dijadikan cerita, Bekas Bini Tua yang diceraikan tu mula la berjinak - jinak dengan jiran seberang rumah. Banyak kali dah orang tengok diorang berdua keluar 'dating' bersama - sama.

Keadaan itu membuatkan Bang Min rasa tak senang hati. Bang Min mula jadi cemburu buta sebab takut Bekas Bini Tua dia dibawak lari orang. Jadi, Bang Min pun mula la tunjuk muka dia yang tak malu.

Bang Min pun jaja cerita kononnya dia dengan Bekas Bini Tua tu masih belum berpisah. Katanya, diorang masih lagi 'Tidur Sebantal'. Bahkan, Bang Min siap berulang alik keluar masuk rumah Bekas Bini Tua dia.

Mungkin Bang Min ingat jiran - jiran sebelah rumah dia tu semuanya BODOH belaka gamaknya. Bang Min ingat, dengan menjaja cerita macam tu dapat menyelamatkan keadaan diri dia sendiri.

Hakikatnya semua orang tau. Bang Min dengan Bini Muda serta Bini Baru dia memang tak ngam. Yang Si Bini Muda dok asyik jadi 'Queen Control'. Yang Si Bini Baru pulak 'dungu' tak habis - habis.

Apa yang jelas, semua orang tau yang Si Bang Min ni pulak BACUL. Dengan Si Bini Muda pun dia takut. Dengan Si Bini Baru pulak dia kecut. Pening kepala Bang Min sampai tak tidur malam dibuatnya. 

Dah la perniagaan yang dijalankan oleh Bang Min kena kacau. Nak songlap duit cat pintu gerbang pun ada orang bocorkan rahsia. Nak tebang balak haram pun ada orang tau. Susah kerja Bang Min.

Tapi apa yang Bang Min boleh buat. Dia nak ceraikan Bini Muda dan Bini Baru tak boleh sebab Mak tak bagi. Jadi terpaksa la Bang Min buat kerja BODOH demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi Bang Min sendiri. Berdosa pun, berdosa la. Bang Min bukan peduli!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping