Rabu, Januari 20, 2016

Wah!!! Hebat betul cara diorang ni berpolitik. Tak terfikir dek kepala otak kita orang biasa ni. Mungkin ini salah satu taktik nak menang Pilihan Raya Umum yang akan datang nanti kot.

Dalam satu perjumpaan yang berlansung sebentar tadi di Hotel Grand Alora, Alor Star, hampir keseluruhan pimpinan UMNO Kedah mendesak Menteri Besar, DS Muhkriz Mahathir meletakkan jawatan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, menyatakan kepada media, UMNO Kedah kini sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Mukhriz yang didakwa gagal dalam menyatupadukan UMNO negeri.

Mukhriz juga turut didakwa langsung tak membuat sebarang perancangan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 dan gagal menggerakkan jentera parti di negeri tersebut.

Yang paling utama menurut Ahmad Bashah, Mukhriz gagal dalam mengurus tadbir negeri Kedah secara berkesan setelah dilantik ke jawatan Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum yang lalu.

"Dengan itu, seluruh kepimpinan Umno Kedah mahu Perdana Menteri segera melakukan perubahan pentadbiran di negeri Kedah bagi mengelakkan perpecahan berlaku dengan lebih serius," - lapor Utaranews
Yang herannya, nak menang hari tu pun bukannya senang. Bila dah dapat balik, jadi macam ni pulak. Dulu suruh jadi Menteri Besar, sekarang dah didesak suruh letak jawatan? Aduhai!!! Nampak gayanya, makin 'Cerdik' diorang ni berpolitik. Memang tak terpikir dek orang lansung!!!
Categories:

18 ulasan:

  1. Minta Najib tukar MB? Sebalik itu ramai yang boleh mengundi mahu Najib letak jawatan. Dato' AHMAD BASHAH MD HANIFAH & the gang tersilap haribulan. Ramai yang boleh mengundi akan tukar depa ni.
    Urus Yapeim & perlaburan Tabung Hj 1MDB dulu.

    BalasPadam
  2. Undi tak percaya disegi undang2 tubuh negeri hendaklah dari kalangan majoriti ahli DUN. Perlantikan MBpun dari Sultan atas dasar kepercayaan majoriti dikalangan ahli DUN. Hilang kepercayaan dikalangan ahli UMNO tidak boleh di takrifkan sebagai hilangnya kepercayaan majoriti dikalangan ahli DUN yang mana Sultan terdorong utk melantik MB yang baru kerana kehilangan kepercayaan dikalangan ahli parti adalah urusan parti semata-mata bukanpun urusan Sultan dan perlu diselesai dikalangan ahli UMNO dalam AGM partinya tanpa membabitkan pentadbiran negeri.

    BalasPadam
  3. Kalau UMNO/BN dah tak berminat nak memerintah dan menjaga rakyat Kedah, kita pangkah saja parti yang sanggup buat kerja depa tu. JAngan pangkah DAPpigs, PAN**t dan PKR udah.....

    BalasPadam
  4. Pemimpin UMNO rupanya banggang piang...
    Nak jatuhkan MB melalui Sultan atau DUN bukannya melalui Najib.

    Dah ketuanya bonggok... pengikutnya pon banggang

    BalasPadam
  5. Tukarkan Ahmad Basha & the gang pada PRU-14, tolak BN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahmad basha lembu ternakan najib yg di ternak di kedah,ahmad basha anda sedang di perhatikan.

      Padam
  6. Betoi ka depa ni kata akar umbi nak tolak Mukhriz?
    Tolong habak mai bila hangpa betoi-betoi keluak pi buat bancian! Setakat yang aku tau hangpa sendiri hanya dok bercampok dengan klik-klik hangpa saja - kasak kata 'penjilat' hangpa pasai hangpa dok tabok beghas usang yang hampa tak habih makan.
    Oghang lain sokong dan menjadi UMNO bila depa dah kaya, hangpa jadi UMNO lepaih tu kaya!
    Tak guna punya pemimpin!

    BalasPadam
  7. Khalifah umar beli pisang mau sembahyang esok pagi ala shukur.

    BalasPadam
  8. Rakyat kedah rata2 tertanya2 apa yg umno kedah cuba lakukan. Rakyat melihat umno kedah yg sebenarnya hilang fokus. Setiap ketua bahagian wajib mendapat mandat dr ahli2 setiap bahagian sebelum membawa usul kerna isu pertukaran kepimpinan adalah hak rakyat yg mengundi. Rakyat kedah yg rata2 dianggap kuno dan dunggu inilah yg pernah meruntuhkn dinasti umno pada pilihanraya yg lalu dipandang enteng sama sekali. Kebodohan dan keangkuhan berpolitik terus membuta mata dan hati umno kedah terutama mahdzir khalid yg pernah melalui pengalaman dimalukn rakyat kedah sendiri. Inilah politik bunuh diri dan rakyat kedah pasti tersenyum melihat tempoh probation yg diberikn pd umno kedah. Apa yg perlu umno kedah lakukn pd saat dan ketika ini adalah mendpt mandat dr rakyat kedah yg telah dijanjikn Mukhriz sbg menteri besar pd pilihan raya dulu. Kalau dulu rakyat yg memilih biar kali ini rakyat yg menentukan.

    BalasPadam
  9. tak banyak nak diperkatakan pun tak juga sikit nak dilakukan klu kedah akan terus digengaman bn....he he chedet perlu waras dgn umno.mukhriz tu bukan anak bapak ho ho...
    selamat pagi!

    BalasPadam
  10. kes mukhriz ni biasa saja. nak tukar mb kedah bukan kerajaan kedah pun. apa pasai yg merapu labun sakan. dah tiga orang mb kedah kena tukar cara yang sama. tak dak masalah pun. mukhriz tetap kekal adun air hitam walaupun dia tak jadi mb. apa nak kalut.

    BalasPadam
  11. kes biasa saja nak tukar mb. apa nak kalut

    BalasPadam
  12. Kalau asyik nak pertahan fitnah bapanya terhadap Najib memang mungkin dia x perform sebagai MB, jadi maknanya makan gaji buta saja. Yg rugi rakyat Kedah. Dengarnya duduk pun nu di KL tu. Eluk juga ganti dengan orang lain yg membela rakyat. Inshallah negeri jelapang padi ni akan lebih makmur lagi. Amalan pak dia siapa yg x sehaluan dipecat.

    BalasPadam
  13. N2.6b punya angkara habis cempera satu Malaysia.

    Ni kalau Kedah dapat dekat lembu2 N2.6b habih jelapang padi tukar jadi padang jarak. Orang lain nak bela rakyat, depa yg ada ni pun dibela (ternak) N2.6b.

    Aku malu sangat dengar Perdana Menteri Malaysia dapat derma sedekah macam tu. Kebulur sungguh Perdana Menteri Malaysia. Bagi orang UMNO, macam puak yg nak rampas kuasa di Kedah tu biasalah, MONEY IS POWER and POWER IS MONEY.

    BalasPadam
  14. Aku bangga hubungan baik Najib dan Rosmah dengan Arab. Banyak menfaatnya. Rakyat pun banyak dapat tempias. Ramai yg diberi peluang kerja di Arab gaji besar. Hanya orang yg jelous je yg melalak x sudah2. He he he....

    BalasPadam
  15. Aku gembira hubungan baik Najib dan Arab. Banyak menafaatnya. Rakyat pun dapat tempias. Arab banyak beri ruang kerja yg be rgaji besar. Mereka yg jelous je yg melalak x sudah2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awang 335, apesal kome deletekan nama Rosmah? Sensitif sangat ke? Tak selesa ke sebut pasangan prima tu? Kah kah kah...

      Padam
    2. Janban kelam kabutlah. Nama Rosmah tu terdelete x sengaja je.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping