Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut menghadiri program anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan dianggap sebagai menyanggah kepentingan PAS.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PKR adalah rakan politik (tahaluf siyasi) kepada Pas dan Kelantan adalah negeri yang diperintah Pas manakala program anjuran Amanah adalah untuk menghentam Pas.
"Jadi mana-mana pimpinan PKR yang hadir dalam program anjuran Amanah jadi ia dianggap satu tindakan yang menyanggah kepentingan Pas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata pemimpin PKR sebelum ini membuat perakuan untuk bersama Pas Kelantan namun akuan itu tidak dipenuhi apabila ada pemimpin PKR menghadiri beberapa majlis anjuran Amanah.
Apabila ditanya mengenai kehadiran pemimpin PKR dalam program anjuran Amanah di negeri lain, Takiyuddin berkata isu itu hanya relevan bagi negeri Kelantan yang diperintah Pas.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.