Sabtu, Februari 13, 2016

Aduhai!!! Kenapa la orang dok sibuk sangat pertikaikan cerita pasal seorang pemimpin PAS yang kantoi tengok filem lucah di luar Negara tu ek. Pelik sangat ke diorang bila isu tu timbul?

Dengar katanya, pemimpin yang terlibat tu bukannya orang lain. Dan cerita tu pun dah berlaku beberapa tahun yang lepas. Bukannya baru sehari dua ni ianya berlaku. Tu pun diorang nak kecoh?

Kamon la! Pemimpin PAS tu pun ada nafsu jugak. Takkan la dia tengok filem lucah tu pun orang nak jadikan ianya sebagai satu isu besar sampai masuk dalam blog Pakatan Haprak tu?

Dah takde isu lain ke yang diorang nak gunakan sebagai bahan modal Politik Murahan untuk memburukkan pemimpin PAS ni? Ketandusan idea sangat ke diorang sampai terpaksa berpolitik sedemikian rupa?

Ada jugak yang kata, alasan isu mengenai perkara itu dibangkitkan semula adalah merupakan salah satu langkah retaliasi puak - puak Pakatan Haprak tu terhadap pendedahan yang dibuat oleh Haprakdaily sebelum ini.

Dalam satu artikel yang disiarkan baru - baru ini, lidah rasmi PAS tu dikatakan telah "dengan sengaja" membangkitkan kembali isu kes khalwat Presiden parti 'Kuali' yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu.

Maka tidak mustahil sekiranya isu berkaitan dengan pemimpin PAS yang didakwa kantoi tengok video lucah tu juga telah "dengan sengaja" diungkitkan kembali oleh blogger - blogger Pro Pakatan Haprak tu.

Yang herannya, orang tengok video lucah pun diorang nak kecoh. Yang Si Ketua Penipu tu sikit punya "BAIK" layan Chinadoll sebelum ini, tak nak pulak diorang jadikan isu. Pandai pulak diorang diamkan diri sedangkan Si Ketua Penipu tu sendiri yang terlibat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping