Rabu, Februari 17, 2016

Lepas Presiden parti 'Kuali' tu dituntut dan diburu untuk membayar saman terhadap Bekas Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kini tiba giliran blogger dia pulak kena.

Mahkamah Tinggi Ipoh telah mengarahkan blogger pro PAN, Mohamed Ali bin Hussain pada Isnin membayar gantirugi sebanyak RM35 ribu kepada Pesuruhjaya Pas Perak kerana memfitnah.

Mohamed Ali yang lebih dikenali sebagai blogger Al-Husseyn didapati bersalah memfitnah Razman dalam artikel bertajuk ‘Pesuruhjaya PAS Perak cuma mahu balas budi Menatu Tuang Presideng jer‘ yang ditulis pada 14 Mei tahun lalu.
“Selain ganti rugi RM35 ribu yang termasuk ganti rugi teladan, Al-Husseyn juga diperintahkan membayar kos sebanyak RM5 ribu serta faedah sebanyak 5% ke atas amaun RM35 ribu tersebut mulai 5 Oktober 2015 sehingga penyelesaian sepenuhnya.
“Keputusan berkenaan diumumkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh, Puan Nurul Hafizah binti Mohammad Pauzi,”lapor facebooker pro PAS, Komander Abu Suffian.
Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh juga telah memberikan perintah injunksi untuk menahan defendan (Al-Husseyn) daripada melafazkan, atau bercakap mengenai isu yang sama. 

Selain itu, mahkamah juga menetapkan agar defendan dilarang dari menerbitkan pernyataan fitnah tersebut atau kata-kata yang sama memfitnah Razman baik secara lisan atau di media cetak dan/atau elektronik.

Perintah injuksi itu bermula pada 5 Oktober tahun lepas. Yang Di-Pertua PAS Perak, Razman yang turut hadir ke mahkamah, melahirkan rasa kesyukuran terhadap keputusan itu.

Beliau menegaskan bahawa bukan wang yang merupakan keutamaan beliau ketika menyaman Al-Husseyn, namun ia disebabkan fitnah yang melampau di dalam penulisan artikel tersebut.

Hakikatnya, fitnah kini sudah menjadi resam dikalangan puak - puak parti 'Kuali' pimpinan Si Mat Sabu tu. Mungkin semuanya akibat dendam kesumat yang terbuku dihati mereka sebab PAS enggan menurut kehendak DAPigs dalam melaksanakan Hukum Hudud!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. ha...dah kena...itulah akibatnya klu asyik dok fitnah org. Pan kena sedar diri yg parti tu tak mndpt sokongan...jngn sebar fitnah lg.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping