Rabu, Februari 17, 2016

Alahai!!! Kalau betul la pendedahan yang dibuat dibawah ni, bermakna sebelum ini wartawan TV3 tu dah kena kencing oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai 'Aktivis Alam Sekitar'.

Mungkin tak serik lagi gamaknya sesetengah pihak yang berselindung disebalik gelaran tu sedangkan diorang pun takde memberi sumbangan kepada pemuliharaan Alam Sekitar tu sendiri.

Kalau nak didedahkan satu persatu, banyak yang boleh dibongkar mengenai mereka yang menggelarkan diri sebagai 'Aktivis Alam Sekitar' ni. Tapi, banyak lagi kerja lain yang kita boleh buat.

Pokok pangkalnya, jangan la teruja sangat dengan gelaran yang diorang beri kepada diri diorang sendiri tu. Cukup - cukup la kena kencing dengan 'Aktivis' yang hanya sekadar nak mencari keuntungan untuk diri sendiri ni!!!
Penduduk Kg Baharu Jerantut dilaporkan membantah pembalakan di kawasan yang didakwa 'Kawasan Tadahan Air' Lata Besen sejak beberapa minggu lalu. Hakikatnya Lata Besen tidak pernah diwartakan sebagai kawasan tadahan air masyarakat dan tidak juga sebagai hutan simpan.
(Kalau dikatakan sebagai Kawasan Tadahan Air, untuk kegunaan siapa? Untuk pengusaha kolam ternakan ikan persendirian tu ke atau untuk kegunaan harian penduduk setempat?)

Dikawasan dimana didakwa sumber air diambil bagi kolam-kolam ikan sedangkan hanya terdapat 3 batang 'poli paip', bagaimana ada pihak mendakwa air berkenaan jadi sumber bagi kolam ternakan ikan sebanyak 30 buah kolam? Benarkan ada 30 buah kolam yang beroperasi di Kg. Baharu?
(Soalnya, kalau betul ada 30 kolam ikan ternakan persendirian, kenapa media yang berkaitan tak pergi ambik gambar, temubual dan buat pendedahan mengenainya?) 
Selain itu, gambar dan video yang diambil bagi menunjukkan bahawa sebuah jalan balak dibina terlalu hampir dengan sungai adalah tidak benar sama sekali. 
Laluan ke ladang sawit yang didakwa kononnya sebahagian dari aktiviti pembalakan
Sebenarnya itu adalah jalan yang dibina bagi menyeberangi sebuah anak sungai untuk menghubungi laluan utama ke kawasan kebun sawit tanah milik atas permintaan pemilik tanah tersebut.

Kita menyanjung tinggi usaha murni Ketua Belia Kg Baharu yang menjadi orang penting dalam isu menentang pembalakan dikawasan berkenaan atas usaha beliau menempah 'banner' dan sepanduk-sepanduk dengan pembiayaannya sendiri hasil dari menabung sejak kecil lagi.

Sudah pasti tidak mungkin seseorang yang sedang merayu dan mengumpul dana untuk membayar kos guamanannya kerana kes yang sedang dibicarakan dimahkamah masih ada duit untuk 'sponsor' banner dan sepanduk-sepanduk tersebut. - seterusnya...
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping