Ahad, Februari 14, 2016

Haduyai!!! Pelik pulak rasanya bila orang yang cerdik pandai ni dok sibuk nak berdebat. Dah takde cara lain gamaknya nak selesaikan masalah. Dah tak boleh nak bermuzakarah gamaknya.

Sejak seminggu yang lepas, kita dok dengar cerita kata dia nak berdebat dengan orang. Persoalannya, apa tujuan dia sibuk sangat nak berdebat? Adakah tujuan dia nak tegakkan kebenaran?

Atau, dia sibuk nak berdebat tu bagi menunjukkan yang dia lebih baik dari orang lain? Nak tunjuk apa yang dia buat lebih baik dari orang lain bagi menutup kelemahan diri dia sendiri?

Ramai yang berpendapat, tujuan dia sibuk nak berdebat dengan orang tu disebabkan keputusan yang dibuat oleh MAIJ. Adakah tujuan dia nak membuktikan yang dia betul dan MAIJ tu salah?

Kalau tengok orang lain, cara dia mempertahankan diri seolah - olah macam orang hilang akal. Orang lain boleh 'Cool' je bila menghadapi cabaran. Tapi dia pulak dok sibuk nak berdebat.

Maka sebab itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri kata, debat diantara dia dengan orang lain tu tak perlu sebab ianya tidak mendatangkan sebarang manfaat. Lebih baik bermuzakarah.
"Malah, diskusi itu perlu diadakan dengan harmoni, mengambil kira pandangan-panadangan ulama sunni yang muktabar (terhormat), elakkan tuduh-menuduh, mengekalkan semangat persaudaraan dalam Islam dan menyelesaikan pertikaian melalui kerangka ilmu menerusi diskusi tertutup itu sahaja," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Itu kata Menteri. Dah memang jelas bahawa berdebat seperti itu tidak akan menyelesaikan masalah dan ianya tidak mendatangkan sebarang faedah kepada perpaduan umat Islam di Malaysia.

Jadi, jangan pulak ada yang meroyan bila pihak Kerajaan Negeri dan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) ambik tindakan seperti yang dinyatakan dibawah. Nanti takut dia makin sibuk pulak nak berdebat dengan orang tak tentu arah!!!
Merujuk kepada  persoalan KOSMO, kerajaan negeri sebenarnya dari awal lagi telah meminta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dijadikan urusetia yg bertangung jawab bagi setiap ceramah agama yang diadakan.

Setiap pihak wajarlah memohon kebenaran. Jabatan Mufti sendiri telah menetapkan garis panduan bagi ditentukan kriteria mereka yang wajar dibenarkan berceramah. Walaubagaimanapun kerajaan negeri tidak menyenaraikan siapa penceramah berkenaan.

Oleh sebab itu  pihak PAID mestilah meneliti dan penganjur juga mestilah memohon terlebih awal. Ini memandangkan kita tidakmahu ceramah agama di serapkan fahaman yg bercanggah dgn aqidah Ahlus Sunnah Waljamaah ( bertulang belakang kepada Asyairah dan Matrudiah) serta Mazhab Syafie.

Hal ini bukan untuk menyempitkan soal beragama dan bermazhab. Tetapi keupayaan masyarakat dalam menerima perbezaan terlalu terhad dan dibimbangi membawa kearah perpecahan. -  seterusnya...
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping