Ahad, Februari 14, 2016

Okey la! Kita paham apa yang cuba dilakukan oleh 'Mursyidul Am' parti 'Kuali' Si Mat Sabu ni. Kita tau yang dia cuba menonjolkan sifat Assobiyah dia bila buat kenyataan menyokong Si Mat Sabu tu.

Dan kita juga faham, kenyataan yang dibuat itu hanya sekadar satu 'Sindiran' kepada pemimpin PAS yang juga merupakan ADUN Paya Jaras kerana pakai baju ala 'Maharaja Cina'.

Tapi dia kena ingat. Dendam kesumat dia kepada PAS tidak boleh menghalalkan apa yang telah dilakukan oleh Si Mat Sabu tu. Walhal, tindakan itu lebih berbahaya dan merosakkan akidah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mursyidul Am parti 'Kuali' tu, dia kata tindakan Si Mat Sabu tu baling mikrofon tidak menjejaskan akidah. Tidak seperti yang dilakukan oleh ADUN Paya Jaras.
“Campak mikrofon tak rosak akidah. Pakai pakaian tuhan sembahan Cina itu lagi berbahaya dan boleh jejaskan akidah. Alasan Khairuddin tak tahu atau terpedaya itu cerita lain.
“Kalau dia (Mohamad) tidak buat begitu (campak mikrofon), orang tidak akan ingat apa yang Mat sabu buat ketika itu. Bila dia buat begitu orang semua ingat. Mat Sabu kata ketidakpuasan hati dia,” katanya.
Hakikatnya, Mursyidul Am parti Kuali tu lupa. Si Mat Sabu tu campak Mikrofon sewaktu menyampai ucapan dalam perhimpunan yang menyokong pembebasan seorang PELIWAT!

Adakah tindakan menyokong seorang Peliwat itu tidak dianggap sebagai satu bentuk kerosakan akidah didalam Islam yang diamalkan didalam parti 'Kuali' pimpinan Si Mat Sabu tu?

Barang perlu juga Si Mursyidul Am parti 'Kuali' tu ingat dan rakyat juga tak pernah lupa bahawa Si Mat Sabu tu jugak dulu yang menggelarkan Si Ketua Penipu tu sebagai 'Al-Juburi'.

Gelaran itu telah diberikan sewaktu Si Mat Sabu tu menuduh Si Ketua penipu tu terlibat dalam salah laku moral dan menjadi seorang pengamal 'Seks Luar Tabiie' pada tahun 1997.

Tapi kenapa hari ini Si Mat Sabu tu boleh menyokong seorang pemimpin yang dulu dituduh sebagai PELIWAT? Tidakkah itu menunjukkan sifat ke-MUNAFIK-an Si Mat Sabu tu sendiri?

Mungkin sifat MUNAFIK yang ditonjolkan dengan menyokong seorang PELIWAT itu tidak menjadi satu kesalahan akidah kepada pemimpin parti 'Kuali' pimpinan Si Mat Sabu tu. Maka sebab itulah Si Mursyidul Am parti 'Kuali' tu boleh buat - buat tak nampak!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. nk kuasai putrajaya tu...sokong org yg dia kata peliwat pun takpelah...putrajaya punya pasal.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping