Selasa, Februari 23, 2016

Jangan salah sebut ye. Heroin yang kita maksudkan ni bukan sejenis dadah. Tapi kesan sampingannya tetap sama. Mengkhayalkan orang yang mengambil, tak kira sama ada sedar atau tidak.

Tapi, itu yang boleh kita katakan mengenai tindakan Si Zuraidah Mak Lampir ni. Nampak sangat dia sedang 'Khayal' nak jadi Hero bagi menyelesaikan isu rakyat disekitar kawasan Negeri Selangor.

Terbaru, Si Mak Lampir tu dikatakan telah mengangkat diri dia sendiri sebagai 'Orang Tengah' untuk menyelesaikan masalah pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi - Ulu Klang (SUKE).

Kononnya Si Mak Lampir tu kata, dia akan mengadakan satu pertemuan bersama penduduk - penduduk dikawasan yang terlibat dengan projek tersebut bagi mendengar tuntutan mereka.
Saya akan semak tuntutan mereka dan InsyaAllah, saya akan jadi orang tengah untuk berunding dengan Prolintas,” katanya kepada FMT.
IRONIKnya, sebelum ini puak - puak PKR tu jugak yang sibuk membantah pembinaan lebuhraya tersebut sewaktu zaman pemerintahan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Kenapa hari ini tiba - tiba pulak Si Mak Lampir tu nak berlakon 'Alim' sedangkan sebelum ini dia pun pernah tumpang sekaki membelasah Si Khalid Ibrahim tu secara terang - terangan?

Dalam satu ceramah yang diadakan pada tahun 2014, Si Mak Lampir tu juga turut menghasut rakyat agar mendesak Si Khalid Ibrahim tu melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Diantara alasan yang diberikan, PKR mendakwa Khalid Ibrahim enggan membatalkan cadangan untuk membina lebuhraya yang dikatakan hanya menyusahkan rakyat di Selangor.

Si Mak Lampir tu secara terbuka menuduh Khalid Ibrahim sebagai seorang yang 'Angkuh', 'Degil' dan 'Derhaka' kerana enggan menuruti kehendak serta kemahuan yang ditetapkan oleh parti.

Maka sekarang, kita boleh lihat dengan jelas sifat ke-MUNAFIK-kan pemimpin - pemimpin PKR seperti Si Mak Lampir ni apabila diorang pulak yang 'Menjilat Ludah' sendiri. Mungkin menjilat ludah sendiri ni sedap buat puak - puak PKR tu gamaknya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping