Rabu, Februari 24, 2016

Heh! Nampak gayanya Si Mahfuz Bean ni cuba nak mengelak dari menjawab isu yang kini sedang melanda kawasan Parlimen dia sendiri dengan mencabar PAS Kelantan secara terbuka.

Dalam satu kenyataan yang dibuat, Si Mahfuz Bean tu katanya telah mencabar PAS Kelantan untuk melaksanakan Kerajaan Teknokrat sepertimana yang dicadangkan oleh Pak Berahim tu.

Dalam nada menyindir, Si Mahfuz Bean tu kata, PAS Kelantan tidak boleh membiarkan cadangan yang kemukakan itu berlalu tanpa sebarang permulaan sebagai contoh yang praktikal.
“Idea ini mengambarkan kepercayaan dan penghormatan Pas kepada golongan teknokrat profesional. Mengurus kerajaan sesebuah negara dan negeri kini makin kompleks memerlukan keupayaan merencana pembanggunan ekonomi yang makin mencabar.
“Oleh itu, adalah diharapkan pimpinan PAS akan meneroka perlaksanaannya di Kelantan dengan meminda perlembagaan atau undang undang tubuh negeri Kelantan.
“Ia bagi membolehkan kuasa politik yang diperolehi dalam pilihan raya melantik Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri dalam kalangan profesional, bukan daripada kalangan ADUN untuk mentadbir dan membangun negeri Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu seolah - olah memperlekehkan kepimpinan Rejim PAS yang dipimpin oleh Datuk Haji Ahmad Yaakob pada ketika ini.

Adakah Si Mahfuz Bean tu anggap Datuk Ahmad Yaakob tidak layak untuk menjadi Menteri Besar jika hendak dibandingkan dengan mereka yang dari kalangan golongan Profesional lain?

Hakikatnya, tindakan Si Mahfuz Bean tu tetap dilihat sebagai satu usaha untuk mengalih perhatian ahli PAS yang mempertikaikan mengenai kepimpinan dikawasan Parlimen dia sendiri.

Sebelum ini, kita juga telah mendedahkan tindakan keluar parti secara berjemaah yang telah dilakukan oleh beberapa orang pemimpin serta ahli PAS dari kawasan Si Mahfuz Bean tu.


Soalnya, kenapa mereka bertindak sedemikian sedangkan mereka sendiri tau bahawa tindakan itu akan membuatkan Si Mahfuz Bean tu hilang kemaluan dan dipertikaikan kepimpinannya?

Kesimpulannya, tak payah la Si Mahfuz Bean tu sibuk - sibuk nak menjaga kawasan orang lain sekiranya kawasan dia sendiri pun terabai sehingga menyebabkan ahli pun keluar meninggalkan parti. Diri sendiri tak reti buat kerja, jangan sibuk nak pertikaikan orang lain pulak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping