Ahad, Mac 27, 2016

Hehehe!!! Memang terbaik la Tan Sri. Sejak ditendang keluar dari PKR ni, baru la kita boleh nampak otak Si Khalid Ibrahim ni bersih sikit. Takde la penuh dengan sampah sarap macam orang lain.

Baru hari ini Si Khalid Ibrahim tu sedar bahawa sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh puak Pakatan Haprak tu hanya sekadar sia - sia belaka dan tidak mendatangkan faedah.

Kata Bekas Menteri Besar Selangor ni, takde gunanya kalau dia dijemput untuk turut serta dalam perhimpunan yang hanya setakat memberikan janji - janji kosong dari pemimpin yang tak relevan.
“Kalau Umno jemput pun, saya tak pergi. Sebelah sana pun saya tak pergi. Sebab saya rasa… kita terlalu banyak membuat kerja-kerja sampingan, permainan sampingan tapi isu utama, tidak selesaikan.
“Jadi, saya tidak mahu buang masa bercakap atau berjanji tetapi tidak membuat apa-apa selepas itu,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Khalid juga turut menyatakan bahawa rakyat pada hari ini sudah cukup bijak dan mereka mempunyai pilihan sama ada mahi menjadikan negara ini lebih baik atau sebaliknya.
“Saya rasa masa yang kita gunakan itu lebih baik kalau kita gunakan…misalnya, kalau anda seorang doktor, kita boleh buat ‘free clinic’ untuk rumah kos rendah dan sebagainya serta beri galakkan kepada anak-anak mereka supaya belajar lebih baik untuk jadi doktor.
“Kalau kita akauntan, kita boleh buat satu kursus usahawan muda membimbing mengira akaun kemudian ajar mereka bagaimana nak menjaga pengurusan yang baik. Maksudnya, ada lagi pilihan lain yang boleh kita lakukan,” katanya.
Menurut Bekas Menteri Besar Selangor tu lagi, berdasarkan pengalaman yang dialami negara jiran, Thailand dan Filipina, perbalahan dua kelompok itu akhirnya akan merugikan rakyat.
“Berarak sekali sekala itu bolehlah, tapi ikut tatacara kita, saya rasa negara Malaysia tidak perlu.
“Seperti di Thailand, rakyat rugi kerana demokrasi tidak lagi berlaku apabila dikuasai tentera. Pergaduhan dua kumpulan yang menegakkan demokrasi menghasilkan tiada lagi demokrasi. Jadi, kita kena fikir dengan penuh tanggungjawab,” katanya.
Sambil mengakui bahawa meskipun pengurusan Negara pada hari ini tidaklah sebaik yang diharapkan, namun sekurang - kurangnya rakyat disemua peringkat masih dapat menikmati hasil pembangunan.

Dalam erti kata lainnya, yang suka buat kerja tak berfaedah, berhimpun sana sini ni hanya dari kalangan mereka yang Takde Otak je. Sibuk nak buat perhimpunan, masalah rakyat tak selesai juga. Kalau nak harap diorang jaga kepentingan rakyat, sampai kiamat pun belum tentu diorang mampu buat!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping