Rabu, Mac 16, 2016

PAS menyelar pandangan sesetengah pihak yang menyifatkan cadangan penubuhan pakatan baru oleh parti Islam itu bakal memecah-belahkan sokongan rakyat kepada pembangkang.

Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Abd Aziz mengingatkan kembali bagaimana tindakan yang dilakukan oleh DAPigs menjadi punca PAS terkeluar daripada Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
"Apabila kami mahu tubuhkan blok ketiga, orang kata ni memecah-belahkan pembangkang. Masa DAP memecah-belahkan PAS sehingga keluar PR dulu tak ada pula kata macam tu," katanya ketika ditemui di luar lobi Parlimen.
Sebelum ini, parti Kuali yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu menyifatkan tindakan itu adalah satu percubaan untuk memecahbelahkan kerjasama antara parti-parti pembangkang di tanah air.

Malah kata mereka, gerakan seperti itu tidak akan mendapat sokongan rakyat, sebaliknya hanya akan memecahkan undi dan memberi jaminan kepada Barisan Nasional (BN) terus berkuasa.

DAPigs juga tidak yakin pakatan baru PAS itu akan berjaya jika parti Islam itu tidak bersifat inklusif. Walaupun PAS mempunyai sokongan yang ramai namun ia tidak bermakna jika gagal melaksanakan agenda perubahan dengan baik.

Mengulas perkembangan terbaru mengenai pembentangan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen bagi memberi laluan kepada pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan, Nik Abduh berkata jawatankuasa yang dilantik kerajaan masih membincangkan mengenai perkara tersebut.
"Datuk Seri Jamil Khir dah buat kenyataan bahawa kerajaan konsisten untuk buat pindaan 355, sekarang kita serahkan kepada jawatan kuasa yang dibentuk masih lagi bermesyuarat sehingga kini. 
"Saya dimaklumkan bahawa keputusannya masih positif, kita masih lagi konsisten dan akan bawa ruang yang ada dan kerajaan pun sama. Kita tunggu bila akan dibentangkan," katanya lagi.
Mac tahun lepas, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini. 
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. semoga usaha yg dilakukan akan membawa kebaikan kpd negara khususnya umat Islam.

    BalasPadam
  2. cantik komen nikabduh ni..dap boleh sebab pembawaanya memang merosakkan.orang kata virus paling agong bagi mereka yang dah buta hati pekak telinga,senang kata hati hitam kepada apa juga kebaikan yang di perjuangkan leh negara.pas ada gak membawa harapan kerna adala sikit2 menyeru klu jadi pembangkang jadilah pembangkang yang menambah baik bukan pembangkang totok tak da distinasi untuk negara.he he itu kot blok yang lebih diterima.

    aq rasa semua rakyat menantikan sitem demokhrasi kat sini akan terbaik.terima kasih pas dan tak kesahlah siapa berkuasa ho ho hanya tuhan penentu sebab perancanganya terbaik buat kita wlu akan meremok banyak hati2 yang sentiasa membusuk kerana tak reti bersyukur atau bersabar.ewah ewah aq melalalut pagi sebab dah boring daa!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping