Rabu, Mac 16, 2016

Hahaha!!! Kesian betul tengok Si Rafizi ni. Beria - ia betul dia cuba nak tutup Dosa yang telah dilakukan sebelum ini dengan terus menjadikan isu Tabung Haji sebagai senjata utama.

Jika sebelum ini, akibat mengadu domba dan menyebarkan dakwaan terhadap Tabung Haji, Si Rafizi tu telah menyebabkan beberapa orang penyokong Pakatan Haprak tu bertindak mengeluarkan duit simpanan mereka.

Dek kerana terlalu percaya kepada tuduhan - tuduhan yang disebarkan oleh Si Rafizi itulah yang menyebabkan ada dikalangan mereka yang tidak meninggalkan waima SEPOSEN pun dalam akaun masing - masing.

Bahkan ada juga dikalangan mereka yang sudah dapat panggilan untuk menunaikan ibadah Haji mengambil keputusan menolak panggilan tersebut akibat terlalu percaya kepada Si Rafizi tu.

Namun ternyata, dakwaan serta tuduhan yang dilemparkan oleh Si Rafizi tu hanya sekadar bahan 'Gurauan' apabila dia sendiri tidak pernah mengeluarkan duit simpanan dia dari Tabung Haji.

Sebaliknya, duit simpanan yang dikatakan mencecah RM 500 ribu tu masih kekal didalam akaun Si Rafizi. Dan tambah mengecewakan, Si Rafizi tu kata dia dah pun pergi menunaikan Haji.

Maka sekarang, dosa Si Rafizi tu adalah kerana telah menyebabkan mereka yang bertindak mengeluarkan semua duit simpanan didalam Tabung Haji tidak dapat menunaikan ibadah tersebut.

Seperti mana yang dijelaskan oleh pihak Kerajaan, mereka yang bertindak mengeluarkan duit simpanan atau menolak panggilan Haji sebelum ini perlu menunggu sekurang - kurangnya 70 tahun lagi untuk giliran mereka.

Jadi, untuk menutup dosa yang telah dilakukan sebelum ini, baru la Si Rafizi tu terhegeh - hegeh nak desak Kerajaan supaya dapat berunding dengan pihak Kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota Haji.

Alasan yang diberikan oleh Si Rafizi, hanya dengan cara itu mereka yang sebelum ini terpengaruh dengan pembohongan yang dia dilemparkan beroleh peluang untuk pergi menunaikan Haji.

Itulah akibatnya bila kita percaya sangat dengan dakyah pembohongan yang dibuat oleh puak - puak Pakatan Haprak macam Si Rafizi ni. Dia sedap dapat pergi menunaikan Haji. Orang lain dia biar melopong. Lepas tu, dia nak salahkan Kerajaan pulak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping