Selasa, Mac 15, 2016

Huh! Apa gunanya Si Mahfuz Bean ni dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Harian PAS jika isu dalam parti sendiri pun dia boleh tak ambik tau? Kan pelik sangat nampak gayanya tu?

Walhal isu berkaitan dengan cadangan untuk mewujudkan gabungan Pakatan Baru dikalangan PAS dan juga parti - parti lain tu sudah menjadi satu tajuk besar dilaman media.

Bahkan rakyat diperingkat bawahan pun dah mula memperkatakan mengenainya. Nak pulak apabila tiba menjelang pengumuman yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan PAS esok.

Dalam kenyataan hari ini, Si Mahfuz Bean tu kata dia 'Terkejut' mendengar berita mengenai pengumuman yang dibuat oleh kepimpinan PAS mengenai cadangan untuk mewujudkan gabungan tersebut.
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengaku terkejut ketika ditanya mengenai blok perpaduan politik baharu yang bakal dibentuk Pas.

Menjelaskan tidak terlibat dengan perbincangan mengenai pembentukan blok tersebut, Mahfuz mendakwa hanya mengetahuinya menerusi pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Mahfuz lagi, beliau akan menunggu pengumuman daripada Pas berkaitan blok politik ketiga itu.

"Saya tidak tahu apa-apa (mengenai perkara itu). Saya pun sebenarnya terkejut dengan berita itu.


"Mereka tidak ada bincang apa-apa dengan saya. Itu perbincangan melibatkan pimpinan atasan. Bagaimanapun saya tidak sabar menunggu pengumuman nanti," katanya ketika ditemui Sinar Online di sidang Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini.
Itu menunjukkan yang Si Mahfuz Bean ni tak ambik peduli lansung dengan apa yang sedang berlaku dan dilakukan oleh kepimpinan parti dia sendiri. Sebaliknya, dia sibuk jaga tepi kain orang lain.

Kalau sebelum ini, Si Mahfuz Bean tu sibuk dok menyerang UMNO dan menyokong beberapa orang pemimpin parti itu. Malah Si Mahfuz Bean tu juga turut sama menghentam partinya sendiri.

Jadi, adalah lebih baik Si Mahfuz Bean tu letak jawatan dari terus menjadi Ahli Jawatankuasa Harian PAS jika dia terus nak menjaga kepentingan Politik Peribadi orang lain!!! Takde faedahnya kalau simpan orang Si Mahfuz Bean tu lama - lama!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. kesian mahfud.kesunyian dan tak ambil hal tentang blok perpaduan politik baharu pas he he.mungkin betul mungkin tidak itu perbincangan orang2 atasan je..apa je aku ni ho ho

    apa pun blokblok politik ni ok gak klu ada lagi dan lagi.tak lak kerajaan mcm nak sewel dengan tabiat monopoli pembangkang yang semakin kemaruk kuasa.oit oit sewel itu sungguh romantik klu nak tau!!!!

    BalasPadam
  2. Kalau ditanya gerak kerja dan perancangan parti amanah, pasti mahpuz ni boleh jawab. Harumanis katakan...

    BalasPadam
  3. Cara Mr. Bean jawab macam dia ni dah sampai rumah tapi seluar tinggal ditengah jalan. Nampak seluar spender ala Stoppa Ali.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping