Ahad, Mac 06, 2016

Dek kerana nama dia bukan Anwar Ibrahim, maka tidak ada Solidariti dibuat terhadap dia. Dan kerana dia menjadi Pengikut Khalid Ibrahim, maka dia dibiarkan menderita oleh partinya sendiri.

Itulah perjuangan PKR yang diagung - agungkan oleh Macai Pakatan Haprak tu. Itulah dasar yang menjadi amalan dikalangan pemimpin - pemimpin Parti Keluarga Rosak tu sebenarnya.

Asal orang tu tak sehaluan dengan diorang, tak mahu ikut telunjuk dan patuh kepada segala kemahuan serta kehendak keluarga Si Ketua Penipu tu, maka ke penjara la orang tu dibuatnya.

Mati kering la dia menanggung dakwaan yang dibangkitkan oleh puak - puak Pakatan Haprak tu selama hari ini. Anak bini dia akhirnya akan makan pasir kerana suami dan bapa mereka taksub sangat dengan PKR.

Jadi, tahniah la diucapkan kepada mereka yang masih lagi menyokong puak - puak PKR tu. Kalau dengan seorang PELIWAT, sanggup diorang berguling atas jalan raya. Tapi bagi seorang Macai macam mamat dibawah ni, semuanya dia kena tanggung sendiri!!!
PUTRAJAYA: Mohd Yahya Mat Sahri, bekas pegawai khas kepada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, perlu menjalani hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan rotan selepas dia gagal dalam rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan terhadapnya atas kesalahan menipu.

Panel tiga anggota Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim menolak rayuan Mohd Yahya berkaitan sabitan kesalahan terhadapnya, hukuman penjara dan sebatan bagi pertuduhan pertama menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd Abdul Karim Munisar.

Menurut kertas pertuduhan, dia didakwa menipu Abdul Karim dengan memperdayakannya supaya mempercayai bahawa sekretariat Pakatan Rakyat sedang mencari penaja bagi sambutan 100 hari pakatan pembangkang itu memerintah dan dengan curangnya mendorong beliau untuk memberi kepadanya RM50,000 sebagai sumbangan, di Gardenia Coffee House Hotel Quality di Shah Alam pada 4 Jun 2008.

Bagaimanapun, panel itu menolak rayuan pendakwaan dan mengekalkan pembebasan Mohd Yahya atas pertuduhan kedua menggunakan dokumen palsu iaitu 'ResolusiPembukaan Akaun bagi Parti Keadilan Rakyat Selangor", sebagai tulen di sebuahbank di Bandar Sunway pada 14 Mei 2008.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Laa igtkan suci sgt pgayr ni.. kesiannn

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping