Khamis, Mac 24, 2016

Heh! Nampak gayanya permainan Politik puak - puak Pakatan Haprak ni dah makan diri sendiri apabila Tun Mahathir mengambil tindakan bersendirian memfailkan saman terhadap Perdana Menteri.

Rata - rata pemimpin dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu melahirkan rasa kecewa mereka secara diam terhadap apa yang telah dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri itu semalam.

Mereka melihat tindakan Tun itu sebagai sesuatu yang boleh meng-GAGAL-kan agenda mereka untuk memburukkan Kerajaan dan juga menjatuhkan Perdana Menteri menjelang 27 Mac ini.

Bagi pendapat mereka, apabila Tun memfailkan saman tersebut, maka secara automatiknya Tun tidak lagi boleh menyentuh isu yang berkaitan dengan dakwaan yang dibuat terhadap PM secara terbuka.

Apatah lagi dalam isu 1MDB. Kerana menurut sesetengah pihak, dalam amalan perundangan, mengulangi dakwaan yang telah dibuat secara terbuka akan menjejaskan prosiding.

Dalam masa yang sama, masyarakat juga turut berpendapat, usaha Tun memfailkan saman tersebut merupakan satu usaha terdesak yang terpaksa diambil bagi mengembalikan mood dikalangan rakyat.

Hakikatnya, semenjak deklarasi yang ditandatangani bersama dengan DAPigs serta beberapa pemimpin Pakatan Haprak tu baru - baru ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.

Bahkan cerita mengenai deklarasi itu juga dianggap 'Basi' dan tidak dapat diterima oleh rakyat diperingkat pertengahan apabila mereka sedar bahawa ianya hanya sekadar untuk kepentingan peribadi.

Maka tak hairan la bila ada pemimpin Pakatan Haprak tu yang meluahkan rasa tak puas hati mereka terhadap Tun Mahathir dalam diam kerana membantah tindakannya memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib.

Kata mereka, secara prinsipnya, Tun tidak boleh bercakap soal isu berkaitan dengan 1MDB secara terbuka kerana ianya akan dianggap subjudis didalam mahkamah dan ianya bercanggah dengan amalan perundangan.

Kesimpulan yang mereka buat, Tun sengaja memerangkap dirinya agar dia tidak perlu untuk memberikan ucaptama dalam perhimpunan yang dijadual akan diadakan pada hujung minggu ini nanti. Kalau tidak, saman yang telah difailkan boleh dianggap Tidak Relevan!!!
Categories:

4 ulasan:

  1. Median aku tengok org tua tu...
    Desperado betul...
    Dah elok2 berpencen dan waris kaya raya...buat apa la bergaduh demi lubuk emas waris dan kroni tu...
    Yang jadi tali barut pon bodo dan bangang juga.Patutnya pi la nasihat org tua tu...
    Nie tidak...kroni yg kaya raya tu hanya dok perati dari jauh sambil tersengih melihat gelagat melayu meroyan!!!!

    BalasPadam
  2. pakat buat kerja bodoh...

    BalasPadam
  3. Tun tiada lokus standi.Ini hakikatnya.Cubaan untuk menyaman defendan akan di ujikaji pada peringkat awal oleh Mahkamah.Jika ada unsur unsur keraguan menasabah dan tidak dapat melepasi garisan ‘Beyond Reasonable Doubt ‘ maka akan terlucutnya lokus standi.Pada fakta fakta sediada,pihak plaintif harus membuktikan mereka ada lokus standi dan mampu melepasi garisan merah dengan mahkamah mengambil kira fakta fakta eksibit.Walau melepasi 90 peratus dengan berbaki 10 peratus keraguan maka kes selalunya boleh berpatah balek iaitu ‘Reverse Charge’.Adakah tun dengan baki usia pada angka 91 boleh naik turun mahkamah yang di jangka mungkin mengambil banyak tahun.Peringkat mahkamah tinggi,mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan adalah aras perundangan yang selalunya mengambil banyak tahun untuk mencapai kemuncak kehakiman.Tun yang sebetulnya ‘Super Ego’ yang boleh di definasikan sebagai ‘Less Wise but Slightly Better Than Idiot’

    BalasPadam
  4. Tun tiada lokus standi.Ini hakikatnya.Cubaan untuk menyaman defendan akan di ujikaji pada peringkat awal oleh Mahkamah.Jika ada unsur unsur keraguan menasabah dan tidak dapat melepasi garisan ‘Beyond Reasonable Doubt ‘ maka akan terlucutnya lokus standi.Pada fakta fakta sediada,pihak plaintif harus membuktikan mereka ada lokus standi dan mampu melepasi garisan merah dengan mahkamah mengambil kira fakta fakta eksibit.Walau melepasi 90 peratus dengan berbaki 10 peratus keraguan maka kes selalunya boleh berpatah balek iaitu ‘Reverse Charge’.Adakah tun dengan baki usia pada angka 91 boleh naik turun mahkamah yang di jangka mungkin mengambil banyak tahun.Peringkat mahkamah tinggi,mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan adalah aras perundangan yang selalunya mengambil banyak tahun untuk mencapai kemuncak kehakiman.Tun yang sebetulnya ‘Super Ego’ yang boleh di definasikan sebagai ‘Less Wise but Slightly Better Than Idiot’

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping