Rabu, Mac 09, 2016

Untuk sekian kalinya, sudah pasti ada yang akan meroyan membaca kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS ni bila dia umum PAS tidak aterlibat dalam agenda menukar MB Terengganu.

Jika dilihat dari satu sudut, PAS tetap konsisten dengan pendirian yang dibuat sebelum ini iaitu untuk mengikut proses demokrasi yang telah menjadi amalan didalam Perlembagaan Negara.

PAS sekali lagi menegaskan bahawa mereka tidak akan tunduk dan mengikut telunjuk dari pihak tertentu atas dasar kepentingan Politik Dendam Peribadi mereka terhadap pihak Kerajaan.

Bahkan PAS juga turut membuat pendirian untuk menukar kepimpinan sedia ada melalui sistem demokrasi iaitu dengan menggunakan saluran Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Maka atas dasar itu, PAS membuat keputusan untuk menolak sebarang usaha yang menggunakan 'Pintu Belakang' bagi menggulingkan Kerajaan seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak.

Kesimpulannya, pendirian PAS itu membuktikan bahawa mereka lebih matang jika nak dibandingkan dengan beberapa pemimpin yang KONONnya dah lama memerintah, tapi tetap tunduk kepada desakan sesetengah pihak atas dasar kepentingan diri sendiri!!!
KUALA LUMPUR: PAS mengambil pendirian berkecuali dalam isu cadangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada Selasa.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak terlibat dengan gerakan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang mencadangkan usul itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

"Sehingga kini kita (PAS) tidak ambil bahagian. PAS hanya lihat isu-isu yang munasabah dan bukan isu untuk merebut jawatan," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, di sini, Rabu. 

Abdul Hadi diminta mengulas mengenai cadangan usul dibawa Ahmad, yang juga bekas menteri besar Terengganu selama enam tahun bermula 2004, sebelum mengakhiri perbahasannya di DUN itu.

Sementara itu, ketika diminta mengulas pendirian PAS mengenai 'Deklarasi Mahathir', Abdul Hadi berkata parti itu tidak bersetuju dengan tindakan 'gopoh'.

"Saya sebelum ini sudah beri kenyataan bahawa ada perkara yang kita setuju dan ada yang tidak setuju mengenai deklarasi itu. Yang kita setuju adalah perubahan. Yang kita tidak setuju adalah gopoh. 


"Kita mahu perubahan secara demokratik sama ada pilihan raya atau undi tidak percaya. Undi tidak percaya mestilah undi di Parlimen, mestilah (melibatkan)  orang Umno sendiri. Kalau Umno tak ubah dan kita (PAS) saja yang ada 14 kerusi nak buat apa, maka sia-sialah. Mesti ada kemunasabahannya," katanya.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Cukuplah sudah-sudahlah...Negara lain berpolitik juga tetapi habis pilihan raya laksanakan tugas dan mandat yang di berikan tetapi kat Malaysia ni dari mula pilihan raya hingga akan pilihan raya pula tidak habis habis dengan politik. Apakah pemimpin politik merupakan penentu segalanya? Sudahlah cukup-cukuplah. Nak kata kerajaan tidak betul yang pembangkang belum mentadbir dan memerintah sudah berpecah dan tidak sehaluan. Yang menjadi mangsa rakyat jelata dari awal hingga keakhir tiada kesudahannya. Sudahlah cukup-cukuplah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kalau nak tengok para pemimpin politik bermanis muka, ziarah kampung kita dan tolong hantar sekampit beras kat rumah kita, tunggu bila nak p/raya nanti. Kelentong vs auta.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping