Khamis, Mac 10, 2016

Heh! Buat sekian kalinya, usaha peguam - peguam yang menyokong pembebasan Si Ketua Penipu tu GAGAL apabila pihak Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan mereka hari ini.

Jika sebelum ini, Majlis Peguam yang didominasikan oleh mereka yang Pro Pakatan Haprak tu cuba mengheret Tan Sri Muhammad Shafee yang didakwa melanggar etika seorang peguam.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak bersalah atas dakwaan salah laku profesion, empat tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel lima hakim bersidang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif ketika menolak rayuan Majlis Peguam dengan kos RM50,000.

Menurutnya, mahkamah berpuas hati bahawa peguam itu tidak melanggar Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Publisiti) 2001 (Kaedah Publisiti) ketika diwawancara oleh akhbar akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

Usaha peguam yang Pro Pakatan Haprak tu sebelum ini adalah untuk menyekat Tan Sri Shafee dari mendedahkan butiran mengenai kes liwat yang telah difailkan terhadap Si Ketua Penipu tu.

Tengok betapa IRONIKnya permainan Politik puak - puak Pakatan Haprak tu. Kalau orang lain yang buat tindakan sedemikian, diorang kata ianya melanggar Hak Kebebasan Bersuara.

Tapi kalau kena pada batang hidung diorang sendiri, mula la diorang dakwa kononnya ia melanggar kod etika dan sebagainya. Sedangkan diorang cuba menghalang Kebebasan Bersuara.

Jika hari ini, diorang sibuk menyalak membuat tuntutan dengan alasan nak menegakkan Kebenaran. Tapi bila orang bercerita mengenai isu kes liwat Si Ketua penipu tu, tau pulak diorang nak suruh semua orang diam. Kalau dah dasar Penipu tu, Penipu la jugak!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. Setuju sangat....kalau dasar penipu hingga lubang tahi pun kena tipu.

    BalasPadam
  2. Setuju.. Memang patut kesnya diadili dimahkamah. Tapi kes money laundering Najib macamana?...biarkan mahkamah membersihkan namanya jika betul ianya berlaku

    BalasPadam
  3. 7:25 kau ada bukti kukuh sila failkan kes. Jika tiada baik berus gigi mulut dah mula bau longkang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping