Jumaat, Mac 25, 2016

Hehehe!!! Nampak gayanya Si Guan Eng tu semakin hari semakin hilang akal dek kerana skandal pembelian rumah mewah dibawah harga pasaran miliknya kian dipertikaikan oleh pelbagai pihak.

Nasihat yang cuba diberikan oleh rakan - rakan sekutu DAPigs tu sebelum ini ternyata tidak diendahkan oleh Guan Eng, sekaligus membuktikan yang dia memang 'Sombong' dan 'Angkuh'.

Dan terbukti bahawa Si Guan Eng tu bukan sahaja dihimpit dengan isu skandal pembelian rumah mewah itu sahaja. Sebaliknya dia turut terpalit dengan kontroversi penjualan tanah di Taman Manggis.

Naib Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang semalam mendesak agar Guan Eng memberikan penjelasan bagaimana lot tanah seluas 1.1 ekar di Taman Manggis boleh ditukarkan statusnya

Jika sebelum ini, lot tanah tersebut sepatutnya dijadikan sebagai sebuah tempat fasiliti penjagaan kesihatan. Tetapi kemudian, ianya ditukar kepada pembinaan hotel dan suites berservis.

Menurutnya, status penggunaan tanah tersebut telah ditukar sebaik sahaja ianya dijual kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) menerusi tender terbuka pada 2011.
“Ianya jelas memberikan kelebihan komersial kepada syarikat tersebut memandangkan tanah itu kini boleh dinilai lebih tinggi,” kata H’ng kepada wartasan selepas dia dan beberapa orang pemimpin tempatan Barisan Nasional membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan di Ibu Pejabat Polis Georgetown.
Menurutnya lagi, nilai tanah tersebut akan meningkat ekoran pemiliknya membina hotel di tapak tersebut, dan menambah, penukaran status tersebut amat luar biasa dan memeranjatkan.
“Ianya seperti selepas menang membida Proton Saga, anda menukarkannya menjadi Mercedez-Benz. Adakah ini adil untuk rakyat Pulau Pinang?” tanyanya.
Katanya lagi, urusniaga tanah itu telah memberi kesan kepada rakyat Pulau Pinang, terutama sekali golongan miskin bandar yang telah dinafikan rumah kos rendah di bandar.

Dalam laporan mereka, H’ng dan beberapa orang yang lain mendakwa terdapat banyak elemen penipuan dalam urusniaga tanah Taman Manggi dan menggesa polis mengadakan siasatan rapi ke atas isu berkenaan.

Pokok pangkalnya, dalam isu yang berkaitan dengan Si Guan Eng ni, dia bukan sahaja terpalit dengan skandal pembelian rumah mewah dibawah harga pasaran sewaktu menjadi Ketua Menteri.

Tetapi dia juga turut didakwa terlibat dalam kontroversi pemindahan status tanah untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi dan dalam masa yang sama mengabaikan kepentingan rakyat.

Seandainya ada orang kata yang Si Guan Eng ni seorang pemimpin yang bijak, maka inilah waktunya untuk kita mengakui kebijaksanaan Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu. Tapi, bukan la bijak membantu rakyat. Sebaliknya, dia BIJAK MENIPU!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Waa taiko wooo..mau minum mari la.. ha ha

    BalasPadam
  2. Lim Guan Eng out ke tidak, orang tetap takan
    pangkah umno.
    Tempoh masa umno sudah expired.
    Semua mahu pembaharuan.
    Selagu belum bertukar kerajaan, kita tak boleh
    mebilai siapa yang terebaik atau terbijak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kata2 biasa pakatun bila berhadapan dgn masalah parti.

      Padam
  3. Wah Minah..lu chiakap manyiak pandai selupa plopessor maa..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping