Jumaat, Mac 25, 2016

"Apa yang nak diherankan sangat dengan tindakan yang telah diambil oleh Ahli Parlimen Gua Musang ni? Memang sejak dari dulu lagi dia menentang Mahathir."

Demikian kata seorang sahabat bila cerita pasal Tengku Razaliegh Hamzah atau lebih dikenali dengan nama singkatan Ku Li menandatangani deklarasi menyokong Perdana Menteri.

Kata sahabat itu, tindakan Ku Li itu adalah mengikut amalan konvensional dalam perlembagaan berdemokrasi Negara. Nak jatuhkan PM hanya melalui proses Pilihan Raya Umum.

Walaupun sebelum ini Ku Li dilihat hadir bersama - sama dengan Tun dalam satu perjumpaan di Yayasan Kepimpinan Perdana, tidak bermakna dia menyokong gerakan untuk menggulingkan Perdana Menteri.

Biarpun Perdana Menteri memilih untuk bersama Tun Mahathir dalam krisis UMNO 1987, Tengku Razaliegh Hamzah tetap menyokong kepimpinan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan Ahli Parlimen Gua Musang, itu telah menandatangani deklarasi menyokong kepimpinan Perdana Menteri, sekaligus memberi tamparan terhadap Dr Mahathir, DAP, PKR dan PAN.
"Tengku Razaleigh Hamzah sebentar tadi menandatangani Deklarasi Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Perdana Menteri dan juga merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak," tulis Annuar di posting terbaru di laman Facebook rasminya, semalam.
Menurut Annuar, secara prinsip dan dasarnya, tindakan Tengku Razaliegh yang turut dikenali sebagai Ku Li, menandatangani deklarasi itu menjelaskan beliau menyokong kepimpinan Mohd Najib.

Tindakan itu juga menafikan kenyataan pengajur Deklarasi "Mahathir-Lim Kit Siang" yang sebelum ini mendakwa Ku Li kononnya menyokong gerakan mereka untuk menjatuhkan Mohd Najib dari kerusi Perdana Menteri.

Mohd Najib kini dikatakan sedang melalui peringkat sukar sebagaimana yang dilalui Dr Mahathir pada awal tahun 80'an dulu ketika mana beliau berdepan dengan Ku Li yang mencabar kerusi Presiden UMNO yang disandangnya.
Categories:

7 ulasan:

  1. Dia memilih untuk makan dedak.....tak heran pun !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan dedak pun takde la sokong peliwat macam mamak kerala tu..

      Buat deklarasi pertama jatuhkan najib, keduanya keluarkan peliwat dari penjara... Datang dalam satu pakej. Macai mamak apa tau, hanya tau menyalak je..

      Padam
  2. Lu Chiakap ala selupa ati sakit maa

    BalasPadam
  3. 1.40. Tak baik tuduh tuduh.

    BalasPadam
  4. lia ati ala sakit ma.....

    BalasPadam
  5. tunggu pru14... tun lawan najib di pekan. apa jua kputusan kena terima.

    BalasPadam
  6. KULI BUKAN NYA PEMENANG MANA2 PERTARONGAN POLITIK WALAU PUN BELIAU PANDAI KIRA UNTUNG RUGI.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping