Ahad, Mac 06, 2016

Jangan kata Rais Yatim, semua orang yang seusia dengan dia pun jadi pelik kenapa Tun Mahathir sanggup bersekongkol dengan puak - puak DAPigs demi untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.

Hakikatnya, Tun boleh bagi apa saja alasan kononnya dia bukan nak menggulingkan Kerajaan BN, sebaliknya dia cuma nak Perdana Menteri letak jawatan. Itu alasan yang dia beri.

Tapi realitinya, semua orang pun nampak. Tun mendapat sokongan dari kalangan puak - puak DAPigs yang memang selama hari ini mempunyai agenda subversif untuk menguasai Negara.

Kecenderungan meraih sokongan simpati dari kalangan puak - puak DAPigs itu yang membuatkan ramai yang kecewa sedangkan sebelum ini Tun sendiri menyatakan bahawa DAPigs adalah 'Musuh Yang Nyata'.

Maka sebab itu Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Dr Rais Yatim menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak keterlaluan mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Penasihat Hal Ehwal Khas Sosial-Budaya kepada Kerajaan Malaysia berkata, ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri lebih banyak tindakan yang teruk dibuat daripada Najib tetapi tidak didedahkan.
“Jika bandingkan dengan apa yang Tun (Dr Mahathir) buat dulu, sehingga hal-hal tidak wajar pernah berlaku seperti Operasi Lalang, dia bertindak luar kawalan.
“Tak nak buka rekod itu kerana tak nak aibkan. Dalam Islam mengaibkan saudara lain, nanti kita akan diaibkan.
“Saya sebagai bekas seorang menteri beliau, banyak perkara berlaku tetapi kita juga harus jangan gunakan perkataan untuk menghentam atau meletakkan sesuatu itu sehingga tidak ada nilai lagi,” katanya kepada pemberita di Universiti Islam Malaysia. hari ini.
Dalam pada itu, Rais Yatim juga turut menasihati Tun Mahathir agar menghargai Barisan Nasional dan UMNO yang telah menaikkannya selama hari ini sehingga menjadi Perdana Menteri.
“Dr Mahathir naik sebab BN dan UMNO, kena ada hati sikit untuk beri budi satu cara ketokohan yang selama ini dapat dipakai orang. Tetapi jika beliau tidak fikir begitu, saya tak dapat buat apa-apa,” katanya.
Pokok pangkalnya, deklarasi yang dibuat oleh Tun sebelum ini hanya dilihat sebagai memenuhi agenda subversif DAPigs untuk merampas kuasa atas dasar kepentingan Politik Peribadi mereka. Bukan ianya dibuat atas dasar nak menjaga kepentingan rakyat!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. klu tun rasa dia dpt sokongan ramai tanding je la pru14 nanti...lawan najib.

    BalasPadam
  2. Rais nikan pelacur politik. Jembatan yang dia bakar dulu pun dah baiki. Dia apa peduli

    BalasPadam
  3. sekarang ni sape yg jd pelacur

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping