Ahad, Mac 06, 2016

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menolak Deklarasi Rakyat yang ditandatangani semalam dengan tujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jelas Presiden PAS yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang itu, walaupun ada dikalangan pemimpin PAS yang turut hadir, namun itu bukan merupakan pendirian rasmi PAS.
“Antara yang menurunkan tanda tangan tetapi mereka bukan mewakili mana-mana pertubuhan atau kumpulan…tanda tangan, tetapi kami (PAS) mempunyai pendirian kami sendiri.
“Ada resolusi yang kami boleh terima, ada yang tidak boleh kami terima dan ada resolusi yang kami bersedia untuk tambah,” kata beliau dalam video dimuatnaik dalam Facebook rasmi PAS.
Walaubagaimana pun, Hadi Awang juga tidak secara jelas menyatakan pendirian PAS mengenai deklarasi tersebut tetapi mengingatkan kembali ahli UMNO bukan musuh parti Islam itu.
“Ada beberapa pemimpin (PAS) di kalangan kami yang menghadari (majlis tanda tangan Deklarasi Rakyat) – kita wajar memahami kenyataan saya buat beberapa hari lalu.
“Saya mengeluarkan kenyataan PAS tidak bermusuh dengan ahli Umno, PAS hanya menolak ideology Umno. Kita berbeza dengan Umno dari segi ideology tetapi kita tidak mahu bermusuh dengan ahli Umno; kita perlu memahami bahawa itu ialah dua perkara berlainan,” tambahnya.
Selain itu, Hadi Awang juga turut berkata, pada akhirnya PAS tetap memerlukan undi daripada ahli UMNO serta rakyat Malaysia demi untuk memenangi Pilihan Raya Umum yang akan datang.
“Boleh kita menang dengan undi ahli PAS sahaja? Kita tidak boleh menang dengan ahli PAS semata-mata. Jika boleh, kita mahu ahli Umno mengundi kita juga. Kita juga mahu bukan Islam mengundi kita,” kata.
Pokok pangkalnya, Deklarasi Rakyat yang ditandatangani semalam tu hanya sekadar satu bentuk provokasi yang tidak bersifat demokratik kerana mahu menggulingkan Perdana Menteri ikut jalan belakang.

Mungkin sebab itu PAS enggan terjebak dalam Politik Longkang yang menjadi amalan Pakatan Haprak tu dengan menggunakan pintu belakang ni. Takut penyudahnya nanti diorang jugak yang akan jadi mangsa!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Munafik klu pas menerima manusia yg tolak hudud.Biarkan mrk dgn hukum mrk sendiri krn mrk bertuhankan nafsu dan wang ringgit.

    BalasPadam
  2. HAdi is playing a bigger game plan.....

    BalasPadam
  3. Bila Hadi nak bentangkan Hudud di Parlimen siapa yang bawak ke makhamah UMNO ka ? Siapa yang munafik cakap biar la berfakta bukan guna lutut.

    BalasPadam
  4. X de pendidian tegas,PAS ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping