Sabtu, Mac 05, 2016

Oleh Muhammad HafizRayyan - Kelantangan Anwar Ibrahim dalam isu korupsi dan kronisma ketika di dalam UMNO menyebabkan beliau disingkirkan dari kerajaan secara zalim oleh Tun Mahathir dan dipenjarakan pada tahun 1999.

Bermula dari peristiwa ini membawa kepada munculnya gerakan reformasi pada 2 September 1998. Sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Nasional pada 4 April 1999 (kini Parti Keadilan Rakyat).

Kelemahan kepimpinan Datuk Seri Najib sepatutnya memberi kelebihan buat pembangkang untuk mengambil peluang ini. Malangnya pembangkang hari ini sudah berpecah dan tidak bersatu serta saling menyerang sesama sendiri.

Parti pembangkang dilihat gagal mencari kesepakatan bersama berbeza ketika Anwar Ibrahim mengetuai pembangkang disamping Nik Aziz yang turut bersama menjadi penggerak kepada perpaduan antara pemimpin dalam Pas, PKR dan DAP.

Pembangkang dilihat gagal mencari titik persamaan dan seolah memilih Tun Mahathir sebagai talian hayat akhir untuk menuju Putrajaya. Kita tidak lupa dengan nasib tiga Timbalan ketika Tun menjadi Perdana Menteri, Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim yang dibunuh kariernya.

Keluarnya Tun dari UMNO selepas kecewa dengan pentadbiran kerajaan yang diketuai Datuk Seri Najib Razak mengulangi sejarah ketika Pak Lah menjadi PM. Tun keluar UMNO pada tahun 2008 kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO yang diterajui Pak Lah.

Kemudian Tun sertai semula selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Persoalan yang timbul; adakah Tun buat untuk Malaysia atau demi kepentingan Tun sendiri? 

Jika untuk kepentingan Tun sendiri adalah lebih baik tidak ambil peduli. Sejarah kali ini berulang semasa Tun keluar dari UMNO ketika Pak Lah menjadi PM.

Kita sedia maklum Tun mendesak Najib untuk melepaskan jawatan dan bukannya Tun menentang UMNO berbeza dengan pembangkang yang mahukan perubahan secara total dan bukan hanya perubahan perdana menteri atau beberapa orang menteri yang ditukar ganti dan itu jelas matlamat pembangkang.

Selepas sidang media #SelamatkanMalaysia jelas menunjukkan Tun Mahathir bukan menentang BN tetapi Najib. Berbeza dengan pembangkang yang mahukan perubahan secara total serta transformasi terhadap demokrasi di Malaysia.

Perlu diingat, Najib menjadi PM atas percaturan Tun Mahathir. Kini Tun memulakan kempen menjatuhkan Najib. Kita bersorak girang dengan serangan Tun Mahathir. Tetapi yang menjadi persoalan; adakah kejatuhan Najib sebagai Perdana Menteri akan melemahkan BN atau menguatkan BN selepas ketiadaan Najib???
Categories:

7 ulasan:

  1. Apa nak hairan, byk projek mahathir yg dah bungkus. Tu sebabnya dia marah sgt kat pm.

    BalasPadam
  2. Akan dikenang diakhir hayat mahathir bukan ahli umno dan akan dilihat mahathir seorang penghianat perjuangan melayu setelah bersekongkol dengan rejim pembangkang..

    BalasPadam
  3. Jijik...rasa meloyar, nak muntah..memalukan...melihat mamak ni meroyan....nak apa lagi..anak menantu, cucu jutawan belaka..nak kapai dunia ka..ingat...rumah kata pergi, kubur kata mari...bertaubatle...MUHASABAH DIRI...perancangan dan pembalasan ALLAH amat hebat...melainkan kita memohon maaf kepada org yg kamu fitnah..

    BalasPadam
  4. melayu tidak mudah lupa tp mamak tu mudah lupa..jilat ludah sendiri...itulah bekas pm..

    BalasPadam
  5. Sejarah akan menentukan segalanya sama ada Tun atau Najib yg sebenarnya menjadi pengkhianat kaum melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awal2 lagi AhJib Go! dah lupa sejarah 2.6b yg masuk dalam akaunnya. Sekejap kata utk UMNO lawan DAP, sekejap utk lawan ISIS. Dia kelentong ahli UMNO sendiri tu... Apandi Ali cakap derma peribadi. Menteri Arab Saudi pulak cakap dana pelaburan. Yang nyatanya 2.6b mmg masuk akaun peribadi AhJib Go! Tapi sejak mula kisah dongeng ni timbul hingga sekarang dia belum dapat jalan cerita yg boleh selamatkan reputasi dia. Apa susah sangat nak cerita sejarah yg dah berlaku. Bukan macam cerita 1MDB yg buat bisnes di merata dunia, yg hantar duit sana sini.

      Kalau betul 2.6b tu derma peribadi Tok Arab utk AhJib Go!, lantaklah, aku pun tak mau peduli. Dah orang nak derma dgn ikhlas. Pasti halal diterima. Kalau AhJib Go! pulak nak derma dekat orang2 kesayangan dia, tentulah halal dan bersih jugak.

      TAPI kenapa dia pulangkan derma Tok Arab tu pulak? Heran aku.

      Padam
  6. Tun merasakan beliau lebih hebat dari Najib. Negara maju di bawah Tun. Dibawah pemerintahan Najib tengoklah bermacam-macam masalah.Kejatuhan ringgit dan harga minyak bukan dihadapi oleh Malaysia sahaja dan banyak negara lain terlibat. Persepsi mengatasi realiti.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping