Heh! Apa la nasib rakyat di Selangor dapat Menteri Besar yang suka 'Tidur dalam Berjaga' ni ek. Kesian betul dengan diorang. Ada Menteri Besar pun tak boleh nak bantu selesaikan masalah rakyat.
Yang dia tau hanya setakat menunding jari dan menyalahkan orang lain sedangkan itu menunjukkan ke-GAGAL-an dia sebagai seorang pemimpin. Takkan itu pun Si Azmin ni tak tau?
Payah jugak la kalau asyik suka nak menyalahkan orang lain je kerjanya. Senang betul dia jadi Menteri Besar kalau macam tu. Duduk pejabat, goyang kaki je la jawabnya. Masalah rakyat tak terbela.
Hari ini, hampir 100 penduduk dari lima ladang sekitar Kuala Selangor dan Hulu Selangor menyerahkan memorandum bagi mendesak campur tangan berhubung ancaman pengusiran paksa oleh majikan terhadap sebahagian keluarga pekerja ladang berkenaan.
Kumpulan itu yang terdiri daripada empat generasi pekerja Ladang Mary, Sungai Tinggi, Bukit Tagar, Nigel Gardner dan Minyak sebelum itu mengadakan demonstrasi aman di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) meminta kerajaan negeri campur tangan membela nasib sebahagian mereka yang bakal kehilangan tempat tinggal.
Menurut jurucakap kumpulan pekerja ladang itu, S. Arulchelvan, daripada 197 keluarga, setakat ini seramai 57 keluarga telah menerima notis arahan daripada pemilik ladang, Tagar Properties untuk mengosongkan kediaman masing-masing yang akan berkuat-kuasa dua hari sahaja lagi.
"Kita terdesak datang sini.. hari ini 13 April, pada 15 April adalah 'deadline' yang diberi kepada pekerja oleh Tagar Properties meminta mereka mengosongkan rumah. Dan kalau mereka tidak keluar dari rumah, mereka (majikan) akan menggunakan pihak luar (untuk usir)," kata Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu kepada wartawan.
Menurut Arul, kesemua keluarga pekerja ladang itu sebelum ini telah dijanjikan kawasan perumahan rumah teres kos rendah oleh majikan mereka sebelumnya iaitu Syarikat Berjaya.
Walau bagaimanapun, hasrat itu tidak dapat dipenuhi apabila pihak syarikat Berjaya telah menjual tanah perladangan tersebut kepada Tagar Properties pada akhir tahun 2014.
Namun malangnya, Tagar Properties kata Arul, kini cuba melarikan diri daripada menjalankan tanggungjawab membina perumahan atas alasan mereka kini adalah majikan yang baru.
Malah kata Arul, polisi kerajaan negeri semenjak 1991 tidak membenarkan pengusiran paksa dalam sesebuah ladang yang dimajukan, walaupun kuasa kerajaan negeri bertukar tangan.
"... Semasa Muhammad Taib menjadi Menteri Besar Selangor sudahpun mempunyai polisi kukuh ini... Semenjak Pakatan Rakyat memerintah pada 2008 kerajaan negeri juga memastikan perkara yang sama," ujarnya.
Justeru, memorandum itu antaranya menuntut agar Menteri Besar Selangor, Azmin Ali campur tangan dan menghalang pengusiran paksa itu sebelum rumah alternatif dapat disediakan. Jangan dia bagi alasan bertaraf LONGKANG lagi sudah la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.