Khamis, April 21, 2016

Heh! Heran juga ye. Kenapa pulak bila kes yang melibatkan orang bawahan macam Bekas Setiausaha Bahagian KBS ni, laju pulak pihak SPRM mengambil tindakan dan buat kerja.

Tapi apabila kes yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang tu, diorang kena ambik masa berminggu - minggu sehingga hampir berbulan - bulan lamanya untuk diambil tindakan.

Bahkan sehingga hari ini, pihak SPRM katanya masih belum memanggil Si Guan Eng tu untuk disoal-siasat berhubung isu pembelian rumah banglow mewah 'Terlajak Mewah' yang melibatkannya.

Walaupun sebelum ini, pihak SPRM kata diorang akan panggil Guan Eng dalam masa terdekat, tapi rasanya alasan sedemikian sudah beberapa kali dikeluarkan oleh pihak mereka.

Tapi malangnya, masih belum ada lagi sebarang tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak SPRM terhadap Si Ketua Menteri Pulau Pinang itu diatas dakwaan yang dibuat terhadapnya.

Sebaliknya, pihak SPRM dilihat seolah - olah cuba nak mendiamkan isu tersebut dengan mengeluarkan arahan supaya orang ramai tidak mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut.

Alasan yang diberikan oleh pihak SPRM kononnya tindakan itu akan menjejaskan proses siasatan yang sedang mereka jalankan pada ketika ini terhadap Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu.

Bagi sesetengah pihak, alasan yang diberikan oleh pihak SPRM tu tak masuk akal kerana sebelum ini, mereka tak keluarkan arahan yang sama apabila menyiasat mengenai kes 1MDB atau Dana 2.6 billion.

Kini, integriti serta kredibiliti SPRm sebagai sebuah badan berkuasa yang mencegah penyelewengan mula menjadi bahan pertikaian pelbagai pihak. Adakah SPRM kini sudah menjadi sayap  DAPigs sehingga mereka takut nak ambik tindakan terhadap Guan Eng???
KUALA LUMPUR: Empat individu termasuk bekas Setiausaha Bahagian Kementerian Belia dan Sukan yang pernah didakwa menyeleweng dana kerajaan ditahan semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, penahanan kali ini adalah dipercayai akibat aktiviti pengubahan wang haram bernilai lebih RM17 juta. Selain pegawai kerajaan itu, tiga individu lain yang ditahan ialah sepasang suami isteri dan seorang lelaki.

“Mereka yang ditahan ini pernah didakwa berkaitan kes salah guna kedudukan dan membuat tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta. “Tiga lagi suspek berkerja sebagai kontraktor dan pemilik syarikat yang berusia antara 35 hingga 57 tahun,” katanya, di sini, tadi.

Semua mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dalam operasi bermula 3.30 petang hingga 6.30 petang. Suspek dijangka didakwa di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2010 di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur, esok.
Categories:

8 ulasan:

  1. DAP dah bereskan SPRM. Tak terkejut jika SPRM kata tak ada kes. Inilah rasuah dalam agensi anti rasuah. Taniah, LGE berjaya beli SPRM.

    BalasPadam
  2. Sekiranya benar SPRM dah jadi sayap DAP, bila kerajaan nak bubarkan SPRM ni dan ganti dengan yg lain?

    BalasPadam
  3. aku dah tak percaya dgn sprm....buat mengabih duit gst utk bayar gaji mereka...

    BalasPadam
  4. kot2 ada dalang yg lambatkn siasatan....hrp sprm buat kerja betul2.

    BalasPadam
  5. rakyat perlu desak bos SPRM letak jawatan... ganti mereka yg lebih agresif. atau kerajaan harus bubarkan SPRM. harap kan pegar, pegar makan padi.

    BalasPadam
  6. Sepatutnya..sesuatu ..jabatan yang melibatkan .penguat kuasa/penyiasat seperti SPRM...ini..kita mestilah ada satu lagi kuasa penyaisat keatas pegawai SPRM ini juga.
    Banyak kes yang melibatkan rasuah atas rasuah....

    BalasPadam
  7. Agak2nya ada kemungkinan ke pegawai pegawai tinggi Sprm juga makan rasuah? Possible ka?

    BalasPadam
  8. Dendam kesumat bos dia kat tok jib..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping