Hahaha!!! Nampak gayanya aplikasi media sosial yang cukup terkenal diseluruh dunia pun dah terjebak menjadi salah satu jentera yang menghalang Hak Kebebasan Bersuara di Malaysia.
Apa sebab Facebook tidak benarkan laman Fan Page Semut Hitam memanjangkan pautan dari blog ini sehingga dilabelkan sebagai 'Not Safe'? Page lain yang kita lapor, tak nak pulak diorang ambik tindakan.
Itu membuktikan bahawa Facebook ni pun dah mula berat sebelah dan 'Pilih Bulu'. Takkan blog picisan yang buat artikel pasal penyelewengan Pakatan Haprak tu pun dianggap 'Tidak Selamat'?
Kemungkinan besar sekatan itu berpunca daripada dua video Dr. Zakir Naik yang telah dimuat-naikkan dilaman Fan Page tersebut membuatkan ada orang tak puas hati dan panas punggung menontonnya.
Salah satu video yang dikongsikan ke laman media sosial Semut Hitam itu berkaitan dengan seorang pelajar Psikologi yang terkedu apabila berbahas tentang isu pemahaman Kristianisasi.
Video itu sahaja telah mencatatkan jumlah view seramai 9 ribu orang dan berjaya mencapai jumlah 'Reach' sebanyak hampir 90 ribu orang pengguna Facebook tanpa menggunakan 'Boost'.
Satu lagi video yang dimuat naikkan ialah apabila Dr. Zakir Naik menjawab soalan seorang pelajar mengenai bacaan Surah Al-Fatihah, Tiga Qul dan suratul Qursi yang menjadi amalannya seharian.
Kedua - dua video tersebut didapati telah dipadamkan dari laman Fan Page Semut Hitam sebelum dua artikel yang dikeluarkan hari ini juga tidak disiarkan pada laman Fan Page yang sama.
Persoalannya, adakah wujudnya unsur - unsur sabotaj yang sengaja dilakukan oleh pihak tertentu bertujuan bagi menghalang Kebebasan Bersuara menyebabkan perkara tersebut berlaku?
Atau, memang ada pihak yang tak puas hati dan 'Panas Punggung' membuat laporan terhadap artikel yang dikeluarkan melalui blog Semut Hitam ni? Apa sangat la yang nak didengkikan sangat dengan Semut Hitam ni. Blog picisan je pun. Bukannya hebat sangat sampai nak dihalang sedemikian rupa!!!
Gigitan Semut Hitam mengerikan.
BalasPadamTERUSKAN USAHA MURNI ANDA.DON'T BE GIVE UP.TQ
BalasPadam