Sebagaimana yang kita sedia maklum, usaha untuk mewujudkan gerakan deklarasi baru - baru ini yang dikepalai oleh Tun Mahathir memang tidak mendapat sambutan dikalangan pemimpin PKR.
Hanya mereka yang taksub dan ghairah mahu menumpang nama serta pengaruh Mantan Perdana Menteri itu sahaja yang dilihat 'Terlalu Teruja' sehingga tahap mendewa - dewakannya.
Nak pulak Si Azmin Ali tu. Bagi sesetengah pihak, mereka melihat tindakan Timbalan Presiden PKR tu duduk sekapal dengan Tun hanya untuk merealisasikan impian dan cita - cita peribadinya.
Rata - rata dikalangan ahli PKR sendiri pun tau, Si Azmin ni memang mempunyai cita - cita tinggi dan bukan hanya sekadar mahu menjadi Menteri Besar sahaja. Keghairahannya melangkaui daripada itu.
Maka sebab itu Si Azmin ni dilihat sanggup membelakangi pendirian dan tuntutan partinya sendiri untuk terus kekal bersama dengan gerakan yang diketuai Tun walaupun tanpa keizinan Wan Azizah.
Sejak kebelakangan ini, kita juga dapat melihat dengan jelas pendirian Presiden PKR itu terhadap Tun Mahathir yang didakwa terus menyerang Si Ketua Penipu tu dengan pelbagai tuduhan.
Walhal, tuntutan Wan Azizah serta kepimpinan Pakatan Haprak tu sebelum ini adalah untuk menjadikan agenda pembebasan Si Ketua Penipu tu sebagai dasar kepada objektif utama mereka.
Namun malangnya, tuntutan yang dibuat oleh Wan Azizah tu lansung tidak dipedulikan oleh Tun Mahathir yang tetap berpegang tegas kepada keputusan yang dibuatnya pada tahun 1998.
Dek kerana tindakan Tun itu yang membuatkan beberapa orang pemimpin PKR mula tak senang duduk dan panas punggung serta mengkritik tindakan yang dilakukannya secara terbuka.
Terbaru, seorang Ketua Cabang PKR tampil mempertikaikan tindakan yang dilakukan oleh Tun dan memberi amaran supaya Mantan Perdana Menteri itu 'Berhati - Hati' dalam mengeluarkan kenyataan.
Malah Ketua Cabang PKR itu juga tetap mendakwa Tun Mahathir sebagai 'Punca Utama' kepada semua kemelut kepimpinan Politik yang sedang hangat melanda Negara pada ketika ini.
"Kita tak serang Tun Mahathir pun. Pencetus semua ini pada zaman beliau. Kalau kita nak serang beliau, sistem kehakiman, polis, semua ini (rosak) pada zaman Tun Mahathir. Tapi kalau beliau sama-sama mahu perbetulkan, kita setuju tapi jangan hanya untuk kepentingan peribadinya saja," katanya sambil menegaskan, agenda Deklarasi Rakyat bukan sekadar menukar Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Perdana Menteri, tetapi bagi memperbetulkan sistem yang ada dalam negara ini.
Dari satu sudut, nampak sangat Ketua Cabang PKR tu sendiri tak puas hati dengan kenyataan Tun yang sebelum ini mendakwa Si Ketua Penipu tu sudah "Terlalu Tua" untuk jadi Perdana Menteri.
Bahkan dia juga sealiran dengan pandangan serta pendirian yang dibuat oleh Wan Azizah yang jelas kecewa dengan tindakan Tun yang beranggapan bahawa Si Ketua Penipu tu seorang yang 'Tidak Bermoral'.
Apa yang pasti, serangan yang dilakukan ini bukan hanya kerana mereka tak puas hati terhadap kenyataan Tun. Sebaliknya, mereka juga mahu mengekang kebangkitan Azmin yang kini dilihat semakin 'Ghairah' mahu mencapai kepentingan Politik Peribadinya sendiri!!!
Ya Azmin cepat ambil alih jawatan dari kak wan...
BalasPadam