Jumaat, April 15, 2016

Heh! Puas jugak memikirkannya. Penat jugak cari apa kaitan diantara dua orang selebriti yang disebut - sebutkan ini. Baru semalam dapat jumpa jawapan. Rupanya, ia hanya sindiran.

Komen 'Sentap' mengaitkan penceramah antarabangsa, Dr. Zakir Naik ni dengan penyanyi dan pelakon popular Hollywood itu merupakan satu sindiran pedas dari seorang penceramah.

Katanya, penceramah itu agak terkilan dengan penerimaan sesetengah pihak terhadap kehadiran penceramah antarabangsa itu ke Malaysia. Maka sebab itu dia mengeluarkan sindiran sedemikian.

Status yang dimuat naik didalam laman media sosial Facebook milik penceramah itu mendapat perhatian ramai dan mula menjadi viral sejak isu berkaitan dengan Dr. Zakir Naik muncul.

Jelas penceramah tempatan itu, kehadiran artis wanita remaja antarabangsa itu memang sesuatu yang sangat 'dinanti - nantikan' bagi menyambung 'tarbiah Ramadhan' pada bulan Julai nanti.
"Diharapkan’ tidak ada sebarang bantahan terhadap tokoh perpaduan itu. Yang pasti, antara Zakir Naik dan Selena Gomez tidak membawa agenda yang sama. Kalau Zakir Naik pemecah belah, Selena Gomez membawa misi ‘penyatuan ummah’?” tulisnya di Facebook.
Yang lebih menarik, ada juga sesetengah pihak yang mempertikaikan kehadiran penceramah antarabangsa itu ke Malaysia kerana bayaran lumayan yang diterimanya dari pihak penganjur.

Katanya, jemputan yang dibuat oleh pihak penganjur itu kepada Dr. Zakir Naik dianggap sebagai satu pembaziran semata - mata dan ianya adalah sesuatu yang tidak diperlukan pada ketika ini.


Heh! Itu pandangan masing - masing la ye. Apa yang pasti, ada sesetengah manusia tak rasa rugi kalau dia berbelanja sampai berpuluh - puluh ribu ringgit hanya semata - mata untuk mendapatkan barang berkualiti. Jadi, takkan dengan ilmu agama pun kita nak berkira pulak!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping