Sabtu, April 09, 2016

Heh! Nampak gayanya kredibiliti serta kemampuan puak Parti "Kuali" yang dipimpin oleh Si Mat Sabu ni takde la hebat mana sangat. Nak pulak kalau didalam kawasan Negeri Kelantan.

Lebih kurang macam Ayam Jantan Berkokok tapi takde keluarkan hasil pun. Harapkan 'Balong Ayam' tu je cantik. Tapi, hapah pun tarak. Takde faedah pun kalau menyokong diorang ni.

Punya la puak parti "Kuali" Si Mat Sabu tu takde kekuatan di Kelantan sampai tahap diorang nak tarik Husam keluar dari PAS pun tak mampu. Bayangkan betapa lemahnya diorang.

Jadi, tak heran la kalau pimpinan parti "Kuali" Mat Sabu ni boleh diaibkan oleh seorang wanita je di Negeri Kelantan dengan dakwaan kononnya parti itu hanya sekadar 'bermimpi disiang hari'.
“Tidak akan berlaku (10 ADUN PAS keluar parti), itu ibarat mimpi di siang hari (parti AMANAH),” kata ADUN Kijang secara ringkas kepada FMT menjawab dakwaan Wan Rahim.
Selain itu, seorang lagi ADUN Kelantan juga turut mendakwa tindakan puak parti Kuali Mat Sabu tu juga sengaja direka dan merupakan strategi Politik Longkang yang diamalkan mereka.

Tak cukup setakat itu sahaja. Bahkan Bekas Ketua Pengarah Strategi PAS Kelantan, menganggap dakwaan bahawa wujudnya ADUN PAS yang nak keluar parti itu sebagai tidak masuk akal.

Katanya, ADUN PAS yang telah dipilih sebelum ini terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai jati diri yang tinggi, matang dalam berpolitik dan mempunyai pegangan prinsip yang kuat.
“Makin banyak pemimpin Amanah menyerang parti dan kerajaan Kelantan, makin ramai yang bersimpati dengan parti dan kerajaan Kelantan, pemimpin Amanah yang menyerang perkara-perkara yang tidak munasabah dan tidak masuk akal oleh rakyat Kelantan sehingga menjadikan setiap patah yang dikeluarkan pemimpin Amanah ditolak oleh rakyat,” katanya.
Fattah yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Rantau Panjang berkata, parti Kuali Si Mat Sabu tu pasti sedar bahawa setiap wakil rakyat PAS ini juga terikat dengan  Baiah yang dilafazkan.
"‎Sebab itu Husam tidak mahu keluar parti dengan secara sukarela walaupun tingkah lakunya seolah-olah sengaja memberi ruang kepada Pas untuk bertindak membuangnya.
“Sikap matang AJK Disiplin bertindak dengan melambatkan-lambat pengumuman tindakan terhadap Husam itu adalah satu tindakan yang matang dan bijak sehingga menyebabkan Husam dan Wan Rahim sendiri serba salah dan tertekan,” kata bekas Adun Bukit Tuku itu. 
Apa yang jelas, propaganda dan perang saraf yang dilakukan parti Kuali Si Mat Sabu tu ternyata sudah tidak lagi menyengat kerana diselaputi dengan rasa kecewa, cemburu dan dengki semata - mata.

Ditambah pulak dengan fahaman Komunis dari kalangan puak DAPigs. Memang tak ke mana la jawabnya. Patut sangat la parti Kuali pimpinan Si Mat Sabu tu tak berjaya mencecah keahlian seramai 100 ribu orang sampai ke hari ini!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. pan sejak ditubuhkn dah meroyan tanpa hala tuju yg betul. cakap besar dn asyik fitnah je.

    BalasPadam
  2. orang lain sanggup cerai talak tiga. husam tak sanggup. sayang bini oi.... tunggu jer....mana tau pas pecat dia. tak payab cari cina buta.

    BalasPadam
  3. SAING AMBO ADO SEDIAKEY KHIDMAT CINO BUTO SECARA PERCUMO.KALU NOK GAK GHOYAT LER.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping