Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menyiarkan secara lansung debat berkaitan isu tanah Taman Manggis yang menjadi antara topik hangat ketika ini.
Debat itu akan diadakan diantara Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, RTM akan membantu bagi memastikan perdebatan itu disiarkan menerusi program yang dikenali sebagai Demokrasi.
"Kami sedia menyiarkannya secara langsung, terpulang kepada mereka sama ada untuk melakukannya atau tidak. Sesi debat itu tanpa penonton bagi memastikan ia berjalan lancar," katanya kepada Bernama pada Jumaat.
Abdul Rahman yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) turut menyambut baik cabaran Guan Eng untuk berdebat dengannya berhubung isu yang dbangkitkan.
Menerusi laman Twitter miliknya hari ini, Abdul Rahman berkata beliau akan meminta pegawainya untuk berhubung dengan "pihak disebelah sana" untuk tarikh dan waktu yang sesuai.
"Saya menyambut baik perdebatan awam berkaitan tanah Taman Manggis. Pegawai saya akan berhubung dengan pihak di sebelah sana untuk mendapatkan maklumat mengenainya.
"Debat ini akan membolehkan penduduk Pulau Pinang mengetahui fakta dan kebenaran di sebalik skandal Taman Manggis."
Khamis lalu dalam satu kenyataan media, Guan Eng berkata dia telah bersedia untuk berdebat dengan Abdul Rahman berkaitan isu itu tetapi mahu sesi itu disiarkan secara lansung.
Sebelum ini pemimpin Barisan Nasional mendedahkan, Rejim DAPigs Pulau Pinang menjual tanah Taman Manggis sedangkan ia diperuntukkan untuk projek perumahan rakyat termiskin.
Jelas, pendedahan itu membuatkan Si Guan Eng tu mula menggelupor biawak mencari alasan untuk melepaskan dirinya dari skandal yang sedang melanda pada ketika ini. Jadi, tak salah sekiranya kita anggap inilah peluang untuk Si Guan Eng nak membersihkan dosa dia!!!
biar rkyat tahu mcm mana lge nak kelentong
BalasPadamSalleh keruak ok je tu. Kerusi parlimen kota belud memang dia nak. Rahman confirm gabra cicak punya. Budak hingusan bebal ni kalau kena sergah kat cina dap tu ..mudahlah salleh keruak nak cantas dia kat kota belud. Bebudak rahman nasihatlah boss kau tu.
BalasPadamMUNG PUSENG KELAIN PULOK.KO MUNG HOK YEY DOK NOK KO KRUSI KOTA BELUT.PANDAI MUNG MAIN WAYEY OPERA.
Padam