Isnin, April 04, 2016

Ianya memang satu perkara yang tak perlu untuk kita pertikaikan lagi. Semenjak dia duduk dalam PAS pun, Si Khalid Samad ni jenis manusia yang memang Tak Sedar diri. Mudah hilang ingatan.

Orang macam dia ni lebih teruk dari Kacang Lupakan Kulit sebab dia kerap kali tidak berpijak diatas bumi yang nyata. Nak kata dia Mabuk Ketum kang, takut ada pulak yang berguling atas jalan raya.

Tapi, memang itulah sifat peribadi Si Khalid Samad ni. Dia mudah lupa siapa yang pernah bantu dia naik dan menjadi seperti dia hari ini. Dia lupa yang dia hanya sekadar menipu diri dia sendiri.

Kalau sehari Si Khalid Samad ni tak MENIPU, memang tak sah rutin harian dia gamaknya. Macam mana dia buat perkiraan pun kita tak pasti. Mungkin dia kira masa dia tengah 'Lalok' kot.

Maka sebab itulah Si Khalid Samad tu kata, perhimpunan yang dianjurkan baru - baru ini dianggap "Berjaya". Dari sudut mana definasi "Berjaya" yang cuba disampaikan tu, kita tak pasti la pulak.
Mana datang 10 Ribu Orang ni Khalid Oi!!!
Kalau ikut kata Si Khalid Samad, kehadiran peserta dalam perhimpunan baru - baru ini mencecah angka sehingga 10 ribu. Diulangi, Khalid Samad kata, kehadiran seramai Sepuluh Ribu!!!

“Saya rasa program semalam membuktikan bahawa dakwaan kita tidak mampu kerahkan rakyat ke jalan raya adalah salah. Kita lihat kemuncaknya memang penuh di jalan raya dan kawasan di Dataran Merdeka.

“Saya tidak mengetahui anggaran, tetapi bagi saya lebih daripada 10,000 peserta dari awal hingga akhir himpunan itu,” katanya pada sidang media di Wisma AMANAH di Jalan Ipoh, di sini.
Itu sahaja dah cukup untuk membuktikan bahawa Si Khalid Samad ni seorang yang suka MENIPU sedangkan laporan dalam media pun hanya menyebut kehadiran setakat 3 ribu sahaja.

Itu pun sebenarnya tak sampai pun tiga ribu. Yang ramai pun bukan dari kalangan penyokong Pakatan Haprak tu. Tapi pengamal media yang berpusu - pusu nak buat liputan eksklusif.

Pun Si Khalid Samad tu masih jugak nak menegakkan benang yang basah dengan menganggap perhimpunan itu 'Berjaya'. Mungkin 'Berjaya' dari sudut dia MENIPU diri sendiri kot.

Mungkin la Si Khalid Samad tu kutip anggaran 10 ribu tu dari semua sudut kot. 3 ribu manusia, dan baki 7 ribu selebihnya tu terdiri dari kalangan lipas, lalat dan langau yang ada sepanjang mereka berhimpun di Dataran Merdeka. Itu je yang 'Berjaya' dikumpul oleh Si Khalid Samad!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. hehe... dia berjaya membawa jin dan syaitan datang beramai-ramai memeriahkan kawasan Dataran Merdeka dan sekitarnya... tak namapak ke??? Mata kasar nampak dalam 2,000 orang... mata halus khalid gereja boleh nampak sampai 10,000 jin dan syaitan... kira berjaya la tu...

    BalasPadam
  2. ks ni syok sndiri la..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping